Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ok.si.gen] | اوکسيݢن

Definisi : oksigen (Kim) gas yg tidak berwarna dan tidak berbau yg merupakan kira-kira 21% drpd at­mos­fera yg membantu pembakaran dan diper­lukan bagi pernafasan sebahagian besar benda hidup; beroksigen mengandungi oksigen; mengoksigenkan memberi oksigen; pengoksigenan perihal mengoksigenkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ok.si.gen] | اوکسيݢن

Definisi : gas yg tidak mempunyai rasa, bau atau warna dan membentuk kira-kira 21% drpd semua gas dlm udara (amat perlu utk semua kehidupan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oksigen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OKSIGEN

Oksigen ialah gas penyokong hidupan dan juga

unsur kimia. Simbol kimianya ialah O. Hampir

semua benda hidup memerlukan oksigen untuk

terus hidup. Oksigen berpadu dengan bahan

kimia yang lain dalam sel tumbuhan dan haiwan

untuk mengeluarkan tenaga yang diperlukan bagi

proses kehidupan. Oksigen juga diperlukan

untuk membakar kebanyakan bahan api. Semasa

proses pembakaran, oksigen berpadu dengan

bahan api dalam tindak balas kimia. Haba

dikeluarkan semasa proses pembakaran ini.

UMUM 
ANOKSIA

Anoksia ialah kekurangan bekalan normal

oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu

menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia .

Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang

mengalir menerusi paru-paru tidak membawa

cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak

cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian

3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal

membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan

paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran

udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan

yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia

anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh

sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes

yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah

kematian.

UMUM 
ASFIKSIA

Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi

apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen

yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul

jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah

membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di

seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen

untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima

oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka

sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati.

UMUM 
RESPIRASI

Respirasi ialah proses bagi manusia dan lain-lain

benda hidup mendapatkan dan menggunakan

oksigen. Kecuali mikroorganisma tertentu, semua

benda hidup memerlukan oksigen untuk hidup.

Respirasi juga melibatkan penyingkiran karbon

dioksida, iaitu gas yang dikeluarkan apabila sel

menggunakan oksigen.

UMUM 
UDARA PEMBAKARANUdara yang digunakan dalam proses pembakaran. Udara mengandungi satu kmol oksigen dan 3.76 kmol nitrogen. Oksigen merupakan komponen penting dalam proses pembakaran bahan api. Kuantiti udara yang diperlukan hanya mencukupi untuk proses pembakaran sesuatu bahan api dinamai udara teori atau udara stoikiometri. Ia dikira berdasarkan persamaan kimia tindak balas yang terlibat dalam proses pembakaran. Secara praktik, proses pembakaran lengkap sukar dicapai dengan hanya menggunakan udara teori. Oleh itu, udara yang diperlukan biasanya melebihi jumlah udara ...Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
PRIESTLEY, JOSEPH

Priestley, Joseph (1733–1804) ialah paderi dan ahli

kimia Inggeris, yang berkongsi penghargaan dengan Carl

William Scheele dari Sweden kerana penemuan oksigen

mereka secara bersama (lihat Oksigen ). Priestley

menamakan gas itu “udara berdeflogiston”, manakala

ahli kimia Perancis, Antoine Lovoisier menamakannya

sebagai oksigen.

UMUM 
ANEMIA

Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah

yang sihat berkurangan di bawah paras normal.

Sel darah merah mengambil oksigen di dalam

paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di

seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan

dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga.

Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah

tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen

yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah

atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit

kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung

yang deras, dan kesukaran bernafas.

UMUM 
OZON

Ozon ialah bentuk oksigen yang terdapat dalam

atmosfera bumi dalam jumlah yang kecil. Ozon

yang terdapat di atmosfera atas merupakan faktor

utama yang membolehkan terdapatnya kehidupan

di muka bumi. Tetapi ozon yang terdapat dalam

atmosfera bawah menyumbang kepada

pencemaran udara. Ozon digunakan secara

komersial dalam proses penyulingan air dan

sebagai agen peluntur.

UMUM 
ANTIOKSIDANBahan yang menghalang proses pengoksidaan molekul oksigenPERUBATANProses/Tindak Balas
OKSIDA

Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada

oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida

biasanya terbentuk apabila unsur teroksida.

Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam

batu arang atau kayu mengeluarkan karbon

dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO).

Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon

dioksida juga terbentuk melalui proses

pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan

dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan

besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat

mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ).

UMUM 
1234567

Kembali ke atas