Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ok.si.gen] | اوکسيݢن

Definisi : oksigen (Kim) gas yg tidak berwarna dan tidak berbau yg merupakan kira-kira 21% drpd at­mos­fera yg membantu pembakaran dan diper­lukan bagi pernafasan sebahagian besar benda hidup; beroksigen mengandungi oksigen; mengoksigenkan memberi oksigen; pengoksigenan perihal mengoksigenkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ok.si.gen] | اوکسيݢن

Definisi : gas yg tidak mempunyai rasa, bau atau warna dan membentuk kira-kira 21% drpd semua gas dlm udara (amat perlu utk semua kehidupan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oksigen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dissolved oxygen probeprob oksigen terlarutBioteknologiTiadaProb yang digunakan untuk mengukur kepekatan oksigen. Alat ini mengandungi penutup yang dibuat daripada besi waja atau kaca yang mengandungi dua elektrod dan elektrolit yang sesuai. Elektrod dipisahkan antara satu sama lain melalui membran yang dapat menyerap oksigen. Oksigen yang diserap akan diturunkan di katod yang bercas negatif terhadap anod lalu menghasilkan arus yang diubah kepada kepekatan oksigen.
oxygen sag curvelengkung lendut oksigenKejuruteraanTiadaLengkung yang menunjukkan hubungan antara defisit oksigen paras oksigen terlarut dalam air dengan masa atau jarak suatu sungai yang menerima beban pencemaran daripada satu sumber tentu.
oxygen saturationketepuan oksigenBiologiFisiologiUkuran peratus pengikatan oksigen dalam hemoglobin, yang dihitung melalui pembahagian muatan maksimum oksigen dengan kandungan oksigen sebenar dan didarab 100.
arterial oxygen saturationtepuan oksigen arteriPerubatanTiadaKetepuan oksigen dalam darah arteri. Secara fisiologi, oksigen dalam darah bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk satu ikatan yang dinamakan oksihemoglobin. Ketepuan oksigen dalam arteri ialah peratus gabungan hemoglobin dengan oksigen. Julat normalnya ialah 97% hingga 100%. Penyakit yang boleh menyebabkan ketepuan oksigen arteri menurun termasuklah penyakit paru-paru dan jantung kongenital.
chemical oksigen demandkeperluan oksigen kimia (COD)BioteknologiTiadaJumlah oksigen yang diperlukan untuk mengoksidakan bahan organik yang terdapat dalam sampel yang mengalami pencemaran dengan menggunakan bahan kimia, seperti kalium dikromat.
brain ischaemiaiskemia otakPerubatanTiadaKekurangan oksigen dalam otak disebabkan kekurangan bekalan atau terlebih keperluan oksigen. Kekurangan bekalan oksigen boleh disebabkan kenaikan tekanan intrakranium, hipotensi, embolisme otak dan trombosis saluran darah otak. Manakala terlebih keperluan oksigen dalam otak pula boleh disebabkan epilepsi dan hipertermia.
arterial oxygen content (CaO₂)kandungan oksigen arteri (CaO₂)PerubatanTiadaKandungan oksigen dalam darah arteri normal » 20 ml/100 ml darah arteri) yang terdiri daripada oksigen yang bergabung dengan hemoglobin dan oksigen yang larut dalam plasma. Sebahagian besarnya dalam bentuk gabungan oksigen-hemoglobin.
arteriovenous oxygen differencebeza oksigen arteriovenaPerubatanTiadaPerbezaan kandungan oksigen dalam darah arteri dengan kandungan oksigen dalam darah vena. Perbezaan ini menunjukkan kuantiti pengambilan oksigen oleh organ. Julat normalnya ialah 4 ml/100 ml hingga 5 ml/100 ml darah.
dissolved oxygenoksigen larutBiologiEkologiOksigen yang larut di dalam air atau kumbahan. Oksigen larut yang mencukupi penting untuk kehidupan ikan dan organisma akuatik lain serta untuk menghalang pembentukan bau busuk. Kepekatan oksigen larut biasanya mejadi rendah disebabkan oleh pembuangan bahan-bahan organik pejal secara berlebihan ke dalam air atau kumbahan.
controlled oxygen therapyterapi oksigen terkawalPerubatanTiadaPemberian oksigen dalam kepekatan tertentu bergantung pada keperluan pesakit seperti kepekatan oksigen 25%, 30% atau 40%. Oksigen boleh diberikan dengan menggunakan sungkup muka, kateter hidung dan ventilator.
12345678910...

Kembali ke atas