Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan kesepuluh dlm tahun Masihi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kesepuluh dlm tahun Masihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oktober


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012.
2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012.
3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012),  2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012).
Lain-lain03.10.2012
Wujudkah perbezaan penulisan 01 Oktober dengan 1 Oktober? Jika ada perbezaan, mohon terangkan situasi dan keadaan penggunaan bagi kedua-dua jenis penulisan tersebut.Kedua-dua jenis penulisan tersebut boleh digunakan. Lain-lain12.09.2022
Tuan, mana satu tulisan yang betul melibatkan M atau H bagi tahun masihi dan hijrah: - 4 Oktober 2021M bersamaan 27 Safar 1443H; - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443; atau - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443HTidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja.Lain-lain04.10.2021
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke?Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah).Lain-lain15.11.2013
Yang manakah antara ayat di bawah yang lebih tepat dari segi penggunaannya? Ayat 1: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada keesokan hari iaitu 29 Oktober 2010. Ayat 2: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada hari esok iaitu 29 Oktober 2010. Terima kasih.Kedua-duanya tepat betul, penggunaannya bergantung pada penegasan.Tatabahasa28.10.2010
Saya ingin mendapatkan pencerahan dari aspek penulisan. a) 28hb Oktober 2020 (terdapat huruf "hb" selepas angka) atau b) 28 Oktober 2020 (tanpa huruf "hb" selepas angka) Mana satu cara penulisan yang betul? (a) atau (b)? Terima kasih.Penulisan yang betul ialah 28 Oktober 2020. Lain-lain03.11.2020
Pada Oktober 2013 saya ada menghantar MANUSKRIP buku Akademik Tinngi untuk di nilai oleh DBP. Manuskrip tersebut telah melalui proses semakkan dan penilaian oleh ahli panel dan telah pun dihantar kepada penerbit. Bahkan Nama buku tersebut telah di nyatakan sebagai ANALISA DATA. Pada bulan Mac 2016 Kulit buku tersebut juga telah dipilih daripada 3 yg dicadangkan.Sehingga sekaran kedudukan buku terseut masih tidak diketahui. MOHON PENCERAHAN DARIPADA PIHAK TUAN/PUAN. Sekian terima kasihUntuk mendapatkan maklumat, tuan/puan boleh menghubungi sama ada Bahagian Buku Umum (03-2147 9427/9428/9429) atau Bahagian Buku Sekolah (03-2147 9541/9556).Lain-lain04.10.2016
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya disini pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja kerja tersebut telah selesai pada 3hb Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20hb Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya dari pihak tuan. Dengan itu pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14hb October 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut telah selesai pada 3 Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20 Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya daripada pihak tuan. Dengan itu, pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14 Oktober 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.Tatabahasa07.10.2014
Salam sejahtera, bagaimana hendak menulis tarikh dengan betul? Contoh 24hb. Oktober, 2014. Tolong betulkan. terima kasihCara menulis tarikh dengan betul ialah 24 Oktober 2014 atau 24 Okt. 2014Lain-lain21.10.2014
Apakah ayat ini tepat? Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada 22 Oktober 2016.Tarikh pembaikan lif dijangka siap pada 22 Oktober 2016.Tatabahasa22.10.2016
1234567

Kembali ke atas