Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan kesepuluh dlm tahun Masihi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kesepuluh dlm tahun Masihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oktober


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
double-tenthhari sepuluh-sepuluhSejarahTiadaTarikh 10 Oktober yang dirayakan oleh golongan Nasionalis Cina sebagai memperingati kejatuhan dinasti Mancu pada 10 Oktober 1911.
fohn stormribut fohnSainsHidrometeorologiSejenis ribut pemusnah yang sering berlaku pada bulan Oktober di Alps Bavaria.
hunter's moonbulan buruMatematikTiadaBulan penuh sebaik-baik sahaja selepas bulan panen, biasanya pada bulan Oktober, dan di hemisfera selatan.
Kepler's starbintang KeplerMatematikTiadaNova kedua yang paling cerah pernah direkodkan. Nova ini kelihatan di Ophiuchus pada Oktober 1604. Ia menjadi cerah dan dapat dilihat dengan mata kasar selama 18 bulan hingga bulan Mac 1606.
OrionidsPancuran BelantikMatematikTiadaPancuran meteor yang aktif, punca sinaran: RA 96 darjah, dec + 15 darjah, mencapai maksimumnya pada 21 Oktober.
autumn maximummaksimum musim luruhGeografiTiadaTempoh masa di mana kesan musim luruh adalah sangat ketara iaitu di Hemisfera Utara pada bulan Oktober dan di Hemisfera Selatan pada bulan April.
winter monsoonmonsun musim sejukMeteorologiMeteorologi PerhubunganMonsun yang berasal dari benua dan bertiup pada musim sejuk. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Oktober hingga Mac dan lebih dikenali sebagai monsun timur laut, atau musim tengkujuh di kalangan orang tempatan. Lihat monsun.
levanterlevanterMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin berlengas tinggi di Selat Gibraltar dan di pantai timur Sepanyol. Angin ini bertiup dari arah timur atau timur laut dengan adanya tekanan tinggi di Eropah Tengah dan tekanan rendah di barat daya Mediterranean. Angin ini lebih kerap dan paling kencang dari bulan Oktober hingga Disember, dan Februari hingga Mei, dan berterusan dari dua hingga tiga hari.
Baghdad PactPakatan BaghdadSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan yang ditubuhkan pada tahun 1955 di Baghdad, Iraq hasil daripada persetujuan antara pemimpin Iraq dengan Turki. Tujuan pakatan ini adalah untuk menjalin kerjasama keamanan dan pertahanan. Kedua-dua negara bersedia memberikan bantuan ketenteraan kepada negara Timur Tengah sekiranya diminta. Pakatan ini kemudiannya turut disertai oleh Britain (April 1955), Pakistan (September 1955) dan Iran (Oktober 1955). Pada tahun 1959, Iraq keluar daripada pakatan tersebut berikutan peristiwa kudeta yang berlaku pada 14 Ogos 1958.
Korean WarPerang KoreaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang yang bermula pada 25 Jun 1950 apabila pasukan tentera Komunis Korea Utara melintasi garis lintang 38� untuk menawan Korea Selatan. Pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh Korea Utara kerana tidak bersetuju dengan pembahagian negara Korea kepada utara dan selatan yang dilakukan selepas kejatuhan pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Pasukan tentera PBB yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya memaksa tentera Korea Utara berundur kembali ke utara. Peperangan yang berlarutan di Korea Utara menyebabkan China campur tangan dalam bulan Oktober 1950 bagi menyelamatkan Korea Utara. Akhirnya, pada tahun 1953 gencatan senjata dipersetujui bersama oleh pihak yang terbabit dengan syarat keadaan dikembalikan seperti sebelumnya.
12

Kembali ke atas