Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lah.ra.ga.wan] | اولهراݢاون

Definisi : orang lelaki yg terlatih, mahir atau mengambil bahagian dlm olahraga; ~ Tahun 1988 olahragawan yg terpilih sbg olahragawan yg terbaik bagi tahun 1988. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lah.ra.ga.wan] | اولهراݢاون

Definisi : orang lelaki yg aktif berolahraga; ahli sukan (lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
olahragawan (kata nama)
Bersinonim dengan olahragawati, atlet, ahli sukan, pelari.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? i) Olahragawan tahunan jatuh pada Ali. ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali.Ayat yang betul ialah  ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali.Tatabahasa24.09.2013
Manakah yang betul? 1. Olahragawan pada tahun ini ( jatuh pada / jatuh pada tangan ) Jimmy Liu, dari Rumah Hijau.Ayat yang betul ialah "Olahragawan pada tahun ini jatuh kepada Jimmy Liu, daripada Rumah Hijau".Tatabahasa22.09.2014
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali.1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat.

'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.  Soalan kedua sukar difahami.  Minta maaf.
Lain-lain21.09.2014
I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa.Tatabahasa06.08.2008
Penggunaan 'wan' yang menunjukkan jantina dan peranan seseorang. Contohnya: peragawan, olahragawan, dan sebagainya. Di Indonesia seorang ahli bina badan dipanggil 'binaragawan'. Jadi, bolehkah istilah 'binaragawan' digunakan di Malaysia?Untuk makluman saudara, perkataan "binaragawan" tidak terdapat di dalam Kamus Dewan terbitan DBP. Frasa ahli bina badan boleh digunakan.Tatabahasa08.05.2013
Apa persamaan antara kata adjektif dengan kata adverva?Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba boleh hadir di hadapan atau belakang frasa. Contohnya Kami selalu memperkatakan hal itu dan Olahragawan itu sihat sentiasa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 225 dan 289.Tatabahasa01.11.2012

Kembali ke atas