Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Peribahasa

Harimau puntung kena penjara,
     pelanduk kecil menolakkan mara.

Bermaksud :

Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Penggunaan(oleh itu, seterusnya) di bawah ini, mana satukah ayat diterima? Mengapa? 1. Kim anak orang kaya. Oleh itu, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. 2. Kim anak orang kaya. Seterusnya, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan.Ayat yang betul ialah ayat pertama kerana oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). 

Tatabahasa02.07.2017
Betulkah ayat ini: Oleh itu, kita harus gunakan peluang ini untuk meneroka muzium tersebut. Ayat yang betul ialah "Oleh itu, kita harus menggunakan peluang ini untuk meneroka muzium tersebut."Tatabahasa11.04.2023
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lepas itu atau oleh itu, dan apakah sebabnya? Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah. ___________, dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon. A. Lepas itu B. Justeru C. Kalau begitu D. Oleh itu Terima kasih untuk jawab soalan saya.Jawapan yang betul ialah D. "Oleh itu", bagi  contoh ayat  "Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah.  "Oleh itu," dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon."  Dalam ayat tersebut  "oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). 
Tatabahasa17.03.2022
Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara.Oleh itu, kita harus mengukuhkan semangat kejiranan. Adakah penggunaan penanda wacana “Oleh itu” digunakan dengan betul?Salam sejahtera,

penggunaan wacana tersebut betul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.10.2020
Tuan, Ini juga berkaitan kata ganda, kata ganda juga bermaksud jamak. Oleh itu, adakah frasa ini betul? 1. cantik-cantik belaka. (cantik-cantik bermaksud semua cantik, belaka juga bermaksud jamak, Oleh itu, maksud jamak telah diulangkan lagi.) Dalam keadaan ini, adakah frasa cantik-cantik belaka betul? Atau dalam keadaan ini, kata ganda bagi kata adjektif bermaksud "sangat" dan bukan jamak. Oleh itu, cantik-cantik belaka boleh diterima? Mohon penjelasan. Terima kasih

Frasa cantik-cantik belaka betul. Perkataan cantik-cantik dalam frasa tersebut merupakan penggandaan penuh kata adjektif, iaitu kata adjektif tunggal digandakan untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.  Manakala perkataan belaka dalam konteks frasa yang diberikan pula berfungsi sebagai kata penguat belakang yang kedudukannya diletakkan di belakang kata adjektif. Contoh dalam ayat: Rumah di kampung itu cantik-cantik belaka.

Tatabahasa26.05.2021
Bolehkah tanya penggunaan manakah yang betul? "Oleh itu," atau "Oleh sebab itu"? Terima kasih.Oleh merupakan kata sendi nama. Biasanya selepas kata sendi nama hendaklah diikuti dengan kata nama. Penggunaan oleh itu atau oleh sebab itu boleh digunakan mengikut konteks ayatTatabahasa23.07.2019
Saya ingin menggunakan perkataan fahami dalam ayat. Betulkah ayat berikut? Oleh itu, harus kita fahami bahawa peranan perpustakaan sekarang sudah berubah.Kata "fahami" dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai kata kerja transitif dalam ayat pasif. Ayat yang betul, ialah Oleh itu, harus "Harus kita fahami peranan perpustakaan kini sudah berubah".Tatabahasa14.06.2023
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya, apakah maksud sebenar 'menguji terima'. Ini seringkali digunakan dalam kontrak kerajaan di mana ianya tidak didefinisikan dalam kontrak itu sendiri. Oleh itu, orang sentiasa tertukar maksud 'menguji terima' dan 'menyelenggara'. Saya juga ingin bertanya apakah terjemahan terma ini di dalam bahasa Inggeris? Oleh itu, ingin meminta bantuan pihak Tuan/Puan untuk perkara ini. Sekian, terima kasih.

Waalaikumsalam,

Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh  memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu.

Istilah19.09.2018
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanyakan penggunaan pananda wacana dan penggunaan kata sendi. 1. Antara oleh sebab itu dan oleh itu, yang manakah betul? 2. Yang manakah betul? a. dalam memacu ekonomi negara b. dalam pemacuan ekonomi negara

1. Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul.


2. Frasa 'dalam memacu ekonomi negara' dan 'dalam pemacuan ekonomi negara' kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, penggunaannya mengikut kesesuaian konteks ayat. 

 


Tatabahasa09.06.2022
Tuan, 1. Betulkah "Justeru" bermaksud "Oleh itu"? Contohnya, Kita harus mandi setiap hari. Justeru, kesihatan kita dapat terjamin. Penggunaan "justeru" dalam ayat di atas adalah betul? 2. Margana Restoran yang terletak di Jalan Alor itu terkenal dengan masakan rendang daging. Bagi ayat di atas, frasa "masakan rendang daging" atau "masakan daging rendang" adalah betul? Terima kasih. Cik OngJawapan soalan (1). Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan justeru yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan menyalahi hukum tatabahasa. Jawapan soalan (2). Frasa yang betul ialah rendang daging. Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi nama menu, rendang ialah unsur inti manakala daging ialah unsur penerang. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 354-355.Tatabahasa13.11.2018
12345678910...

Kembali ke atas