Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : disebabkan oleh, kerana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Sapu tangan jari berkelur,
     Oleh membeli di kedai Cina;
Suka di tangan kerana seekor,
     Suka di hati bawa merana.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pasang pelita dilanggar tikus.

Bermaksud :

Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hemiangiocarpichemiangiokarpaBiologiMikologiMempunyai himenium muda terangkum yang terdedah oleh kerana pecahnya kelubung penutup.
fautes intentionelles ou seviles Per.silap hasratanKesusasteraanTiadaKesalahan yang terjadi disebabkan oleh kerana tersilap ucap dengan apa yang sebetulnya diinginkan. Contoh: cerita kenapa bangau kurus, sebenarnya ia meminta makan tujuh kali sehari tetapi terucapkan tujuh hari sekali.
non-destructive testingujian tanpa musnahKejuruteraanKejuruteraan BangunanUjian yang dilakukan tanpa memusnahkan bahan yang diuji oleh kerana pengukuran yang dibuat menggunakan gelombang ultrabunyi. Ujian halaju denyut ultrabunyi (PUNDIT) dan ujian tukul pantul Schmidt merupakan contoh ujian tanpa musnah yang sudah tidak asing lagi.
loading for (instalment) payment or premiumbeban (ansuran) untuk bayaran premiuminsuransTiadaInsured membayar premium lebih daripada jumlah sebenar oleh kerana pembayaran premium dibuat secara asuran.
anemiaanemiaKimiaBiokimiaKeadaan jumlah sel darah merah, isi padu sel darah merah dan kandungan hemoglobin darah yang lebih rendah daripada biasa. Oleh kerana itu, darah tidak dapat mengangkut oksigen kepada tisu-tisu dengan sempurna sehingga menyebabkan badan menjadi lemah, kurang daya tahan terhadap penyakit dan sebagainya.
Clonal seedBiji benih klonPertanianAgronomi

Biji benih yang diperolehi daripada bahan klonal. Biji benih klonal tidak mempunyai baka yang sama dengan pokok induk oleh kerana ia terhasil daripada kacukan antara dua baka yang berbeza. Biasanya kebun menghasilkan biji benih klonal terdiri daripada beberapa klon yang terpilih dan biji benih klonal yang terhasil itu dijangka akan menunjukkan ciri-ciri yang baik berdasarkan kacukan antara pokok induk terpilih. Kaedah ini lebih cepat menghasilkan benih daripada melakukan pembiakan vegetatif.

by-electionpilihan raya kecilUndang-undangTiadaPilihan raya yang diadakan di luar waktu atau masa yang ditetapkan untuk pilihan raya umum apabila sesuatu kerusi dikosongkan oleh kerana sesuatu sebab tertentu.
carportserambi keretaKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan yang diunjurkan dari bahagian tepi bangunan untuk memberikan perlindungan atau untuk tempat berteduh kereta atau kenderaan lain. Ia berbeza daripada garaj oleh kerana serambi kereta mempunyai dinding yang terbuka, sekurang-kurangnya dikedua-dua bahagian.
droughtkemarauHidrologiTiada(1) Ketiadaan kerpasan yang berlanjutan, kekurangan kerpasan yang ketara atau taburan kerpasan yang sedikit. (WMO) (2) Tempoh cuaca kering yang luar biasa panjangnya dan oleh kerana kurangnya kerpasan berlakunya ketidakseimbangan hidrologi yang teruk.
assigned riskrisiko teruntukinsuransTiadaRisiko yang biasanya tidak boleh diterima oleh syarikat insurans tetapi oleh kerana peruntukan undang-undang ia perlu dikendalikan oleh gemblengan syarikat-syarikat insurans dan diserahkan kepada syarikat mengikut giliran.
12345678910...

Kembali ke atas