Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kerana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah, frasa "oleh sebab" tidak boleh berada di tengah-tengah ayat (dianggap tidak gramatis)? TK1. Oleh sebab demam ayah tidak hadir ke pejabat.
2. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam.
3. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul dan frasa "oleh sebab" boleh hadir pada pertengahan ayat. Walau bagaimanapun, dalam bentuk ayat tersebut ("oleh sebab" pada pertengahan ayat), ayat ketiga lebih kerap ditemukan.
Tatabahasa08.10.2023
Hari demi hari keadaan abang semakin parah oleh sebab penyakit jantung yang dihidapinya. Munsyi, adakah oleh sebab tidak boleh letak di tengah ayat? TKOleh sebab boleh digunakan di dalam ayat. Oleh itu, ayat "Hari demi hari keadaan abang semakin parah oleh sebab penyakit jantung yang dihidapinya." adalah betul.Tatabahasa15.04.2012
Ketua-ketua Menteri betul atau Ketua-Ketua Menteri ? benarkah oleh sebab tidak boleh diletakkan di tengah2 ayat? apa beza oleh sebab dengan kata hubung kerana ?1. Ketua-Ketua Menteri 2. boleh digunakan oleh sebab.Tatabahasa12.09.2007
apakah perbezaan perkataan oleh sebab dan oleh kerana? adakah penggunaan oleh sebab boleh digunakan'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. 'Kerana' juga merupakan kata sendi. 'Sebab' ialah kata nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'oleh sebab' dan bukan 'oleh kerana'.Tatabahasa12.12.2013
Tuan, Ayat berikut adalah betul atau tidak: 1. Mei Ying tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. (penggunaan oleh sebab) 2. Sekolah saya mempunyai sebuah padang. (penggunaan mempunyai) Terima kasih. Ms OngAyat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa31.10.2016
1.Benarkah kata hubung 'oleh sebab' tidak boleh diletakkan di tengah ayat? 2. Bolehkah kata pancangan relatif 'yang' dikira sebagai kata hubung? Terima kasiholeh sebab, boleh digunakan ditengah ayat dan 'yang ' dikira sebagai kata hubung.Tatabahasa28.09.2007
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat.1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu)

2.  ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. 
Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan.
Tatabahasa31.10.2017
Tuan, perkataan manakah yang betul bagi ayat di bawah ini? sama ada 'disebabkan' atau 'oleh sebab'. ____ Iman cantik ramai yang ingin berkawan dengannya.Ayat yang gramatis, Oleh sebab kecantikan Iman, ramai yang ingin berkawan dengannya.Tatabahasa17.11.2011
saya ingin bertanya tentang penggunaan 'oleh sebab' dan 'oleh kerana'? terima kasihungkapan yang betul ialah "oleh sebab". Oleh merupakan kata sendi dan kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab, manakala Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut.Tatabahasa20.12.2008
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan?

Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan.

Tatabahasa22.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas