Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.léh.o.léh] | اوليه٢

Definisi : sesuatu yg dibawa dr berpergian; buah tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh-oleh (kata nama)
Bersinonim dengan cenderamata, buah tangan, pemberian, hadiah, cenderahati, tanda mata, ompang-ompang, sagu hati, kurniaan, anugerah.,

Puisi
 

Sapu tangan bersiring hijau,
     Oleh membeli kedai Yahudi;
Luka di tangan kerana pisau,
     Luka di hati kerana budi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(118)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
oleh II/oléh/; oleh-oleh sesuatu yg dibawa dr berpergian; buah tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
oleh-olehsesuatu yg dibawa dr berpergian; buah tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kereta/keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ijab; ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab; ~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli.Kamus Pelajar Edisi Kedua
oleh I/oléh/ 1 kata sendi nama utk me­­nun­jukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal ber­­­­oleh. pemerolehan hal atau cara mem­­peroleh. pemeroleh pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Per­atur­­­an itu membolehkan pihak tsb me­­min­dah­­kan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
telap1 dpt menembusi (ttg senjata tajam, spt keris); makan; mempan. 2 dpt dilukai oleh senjata; lut: tiada ~ oleh senjata. 3 dpt dimasuki atau dpt diresapi air dll. menelap makan pd (ttg senjata); melukai; mencederakan. ketelapan keadaan atau sifat telap: Permukaan cerun itu sentiasa kering oleh sebab ~ batu-batannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rasmidisahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yg bertanggungjawab: bahasa ~; pakaian ~. merasmikan mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. perasmian perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
spermabenih yg dikeluarkan oleh orang lelaki atau oleh binatang jantan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
halal1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Da­ging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) se­suatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba.Kamus Pelajar Edisi Kedua
badan swastabadan perniagaan dll yg dimiliki oleh seseorang atau oleh beberapa orang tertentu saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas