marine abrasion | lelasan laut | Geologi | Tiada | 1. Hakisan lantai lautan oleh enapan yang digerakkan oleh tenaga gelombang.,2. Hakisan ngarai submarin oleh gerakan enapan menuruni cerun di bawah pengaruh graviti. |
flanking moraine | morain rusuk | Geologi | Tiada | Morain yang ditinggalkan oleh cuping glasier atau oleh unjuran lembar ais yang menyerupai lidah. |
coulee lake | tasik coulee | Geologi | Tiada | Tasik yang terbentuk oleh pengempangan laluan air oleh lava. |
nudibranch | nudibrank | Geologi | Tiada | Nudibranchia, dicirikan terutamanya oleh ketiadaan cangkerang pada peringkat dewasa dan oleh ketiadaan insang, atau penggantiannya oleh insang sekunder. |
faceted spur | susuh terfaset | Geologi | Tiada | Susuh atau permatang dengan muka V tersongsang yang terbentuk oleh penyesaran atau oleh tindakan pemepatan, pelerengan, atau perapian sungai, gelombang, atau glasier. |
chemical erosion | hakisan kimia | Geografi | Tiada | Proses hakisan dan angkutan yang dengannya batuan dan tanih dihakis oleh proses kimia semula jadi, terutama oleh tindakan pelarut air larian, dan juga oleh tindakan-tindakan yang lain seperti hidrolisis, penghidratan, pengkarbonan, dan pengoksidaan. |
hydrometamorphism | hidrometamorfisme | Geologi | Tiada | Perubahan batuan oleh bahan yang ditambah, disingkirkan, atau ditukarkan oleh larutan air, tanpa pengaruh tekanan dan suhu tinggi. |
dialect area | kawasan dialek | Linguistik | Tiada | Daerah geografi yang diliputi oleh dialek sesuatu bahasa, dibatasi oleh isoglos yang menggariskan perbezaan sebutan, tatabahasa, dan kosa kata. |
navation | hakisan salji | Geografi | Tiada | Hakisan tempatan cerun bukit yang dilakukan oleh tindakan fros, gerakan jisim dan hakisan oleh air cairan glasier. |
morainal lake | tasik morain | Geologi | Tiada | 1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier.,2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh pemendapan glasier.,3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar oleh hakisan glasier.,4. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh runtuhan bahan basuhan keluar yang mengelilingi jisim ais bergenang. |