Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.li.gar.ki] | اوليݢرکي

Definisi : 1. pemerintahan yg dijalankan oleh se­kumpulan kecil orang yg berkuasa sahaja; 2. sekumpulan kecil orang yg menguasai dan mentadbir sesebuah negara atau organisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oligarki


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OLIGARKI

Oligarki adalah sebarang jenis kerajaan yang

kuasanya dipegang oleh beberapa orang sahaja.

Oligarki boleh didapati dalam beberapa bentuk.

Sesebuah republik mungkin merupakan oligarki

jika hanya segelintir orang yang mempunyai hak

mengundi. Sesebuah aristokrasi, yang

pemerintahnya datang daripada anggota komuniti

yang “terbaik”, juga merupakan satu bentuk

oligarki (lihat Aristokrasi). Dalam kebanyakan

oligarki, kumpulan yang memerintah mempunyai

kuasa melalui kekayaan atau kuasa tentera.

UMUM 

Kembali ke atas