Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lo/] | اولوق

Definisi : ; olok-olok main-main, lawak-lawak: bang­­kangannya itu hanya ~ sahaja; bukan ~ bukan main-main, sungguh-sungguh; gam­bar ~ gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan orang; berolok-olok bermain-main, berlawak-lawak: ~ boleh, tak ada halangannya, asal berketika dan pd tempatnya; mengolok-olokkan, memperolok-olok, mem­­­­perolok-olokkan, memperolokkan mem­permainkan dgn perkataan atau per­buatan (spt mengejek dll): selalu orang ~ Pak Dolah; aku tidak suka diperolok-olok­kan spt ini; saudara telah memperolok-olok saya; olok-olokan, olokan olok-olok; perolok-olokan main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lo/] | اولوق

Definisi : ; olok-olok tidak sungguh-sung­guh (bkn sesuatu perbuatan atau perca­kapan); utk bermain-main saja: Saya harap saudara tidak marah, itu cuma ~ saja. bukan ~ sungguh-sungguh. berolok-olok bermain-main dgn per­kataan atau dgn perbuatan (spt me­n­yin­dir, mengejek, berkelakar): ~ boleh, tetapi hendaklah kena pd tem­pat dan masanya. mengolok-olokkan membuat se­sua­tu dgn olok-olok. memperolok-olokkan mempermainkan orang lain dgn perkataan atau dgn perbuatan; men­jadikan sesuatu sbg bahan utk berolok-olok: Saya tidak suka saudara ~ saya begini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Melalui semakan Istilah Bahasa Melayu, istilah moot boleh digunakan dalam bidang Undang-undang. Oleh itu, adakah moot court boleh diterjemahkan kepada mahkamah moot?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah moot court ialah mahkamah olok-olok. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah18.04.2023
Apakah beza dengan "serak" dan "gurau"? Terima kasih

Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza:

 

serak - 1. parau atau garau (suara)

            2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain)

 

gurau - percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok

Lain-lain20.07.2022

Kembali ke atas