Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[om.ba/] | اومبق

Definisi : ombak 1. gerakan air yg turun naik atau ber­gulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi me­nahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil ja­ngan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh men­­datangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga ta­nah tepi prb setelah beberapa lama me­nanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt om­bak; rambut pendek yg diombak-ombak ram­but yg dikeritingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[om.ba/] | اومبق

Definisi : gerakan air (di laut dsb) yg naik turun atau yg bergulung-gulung; ge­lombang kecil: ~ memecah di pantai. berombak bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. berombak-ombak 1 bergulung-gulung (bkn air laut dsb). 2 kelihatan spt ombak (bkn rambut dll); berketak-ketak: Rambut gadis itu panjang dan ~. mengombak (bergerak) spt ombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Pasang ombak di laut tinggi,
     Gelombang macam di Tanjung Puri;
Jika abang berjiwa tinggi,
     Jika sungguh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ombak yang kecil jangan diabaikan (= ditidakkan).

Bermaksud :

Perkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wavyadj 1. having waves, berombak-ombak, berketak-ketak: she has ~ hair, rambutnya berombak-ombak; 2. undulating, berombak-ombak: the ~ surface of the sandy desert, permukaan gurun pasir yg berombak-ombak; a pattern of ~ lines in black, corak garis hitam yg berombak-ombak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
waven 1. moving raised body of water on the surface, esp the sea, ombak; (huge) gelombang: the ~s beat against the cliffs, ombak memukul cenuram; a large ~ upset the boat, ombak besar telah menterbalikkan bot itu; 2. the ~s, the sea, lautan; 3. evenly curved part of the hair, berombak, ketak: I like the ~s in the girl’s hair, saya suka akan ketak pd rambut budak perempuan itu; natural ~, /berombak, ketak/ semula jadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
surf n buih ombak: they spent hours splashing about in the ~, mereka menghabiskan masa berjam-jam lamanya bermain buih ombak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corrugatevi bend into ridges, menjadi /berombak(-ombak), beralun-alun/: the road surface has ~d with use, permukaan jalan itu menjadi berombak-ombak krn kerap digunakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undulation2. wavy appearance, outline or form, berombak-ombak, beralun-alun: the ~s of her dark locks of hair, rambutnya yg hitam berombak-ombak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swell n 1. (of the sea) gelombang, ombak besar: there was a heavy ~ that day, so we had to cancel our fishing trip, ombak besar hari itu, jadi kami terpaksa membatalkan rancangan utk pergi menangkap ikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wash4. flow, sound or action of water, bunyi pukulan air; (waves) bunyi pukulan ombak: the ~ of the waves against the cliffs, bunyi pukulan ombak pd cenuram itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wigglyadj 1. tending to wiggle, berkeruit: ~ worms, cacing berkeruit; 2. wavy, berombak-ombak: he drew ~ lines, dia melukis garisan yg berombak-ombak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
waveletn ombak kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corrugatedadj ridged, berombak(-ombak), beralun-alun: ~ surface, permukaan beralun-alun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas