Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[om.ba/] | اومبق

Definisi : ombak 1. gerakan air yg turun naik atau ber­gulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi me­nahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil ja­ngan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh men­­datangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga ta­nah tepi prb setelah beberapa lama me­nanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt om­bak; rambut pendek yg diombak-ombak ram­but yg dikeritingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[om.ba/] | اومبق

Definisi : gerakan air (di laut dsb) yg naik turun atau yg bergulung-gulung; ge­lombang kecil: ~ memecah di pantai. berombak bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. berombak-ombak 1 bergulung-gulung (bkn air laut dsb). 2 kelihatan spt ombak (bkn rambut dll); berketak-ketak: Rambut gadis itu panjang dan ~. mengombak (bergerak) spt ombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Pasang ombak di laut tinggi,
     Gelombang macam di Tanjung Puri;
Jika abang berjiwa tinggi,
     Jika sungguh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ombak yang kecil jangan diabaikan (= ditidakkan).

Bermaksud :

Perkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama sukan air yang meluncur di ombak menggunakan surfboard, luncur ombak atau luncur air? Saya keliru sebab ada sesetengahnya menggunakan nama luncur ombak dan ada sesetengah yang lain pula menggunakan nama luncur air. Terima kasih.Istilah yang betul ialah luncur air.Istilah13.04.2016
Ombak besar itu sungguh berbahaya. Ayat di atas betul ? Betulkah menggunakah "berbahaya" ? atau merbahaya?Ayat tersebut betul kerana perkataan yang betul ialah berbahaya (bukan merbahaya).Tatabahasa09.03.2012
1. betulkah ejaan "jawaban" sudah mengantikan "jawapan" yang selalu dipakai? 2. pembelajaran/pemelajaran- mana yang betul? 3. dipukul ombak/dipukul oleh ombak -soalan-adakah semua kata pasif ganti diri ketiga mesti diikuti oleh perkataan "oleh" ? 4. kita mestilah baik hati supaya sentiasa disukai./ disukai oleh kawan kita. soalan-seperti no. 31. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.2. Pembelajaran atau pemelajaran, kedua-duanya betul memgikut konteks. Pemelajaran - perihal atau proses mempelajari. Contohnya: Pemelajaran bahasa Inggeris diberi perhatian yang serius. Pembelajaran  ialah proses (kegiatan) belajar; Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sesuatu dengan mendalam.3. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.4. Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + frasa nama yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan.Contoh lain:  Dia dipukul oleh bapanya. => Dia dipukul.Tatabahasa29.04.2011
Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga ke rumah saya. penggunaan kata sendi nama hingga ke boleh ke digunakan secara berturutan?Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga  rumah saya. - hingga dan ke, kedua-duanya merupakan kata sendi nama dan tidak digunakan secara berturutan.Tatabahasa09.07.2008
Salam sejahtera, saya membuat carian berkenaan dominant wave dalam PRPM kerana saya tidak pasto wave itu membawa maksud gelombang atau ombak. Namun, nampaknya kedua-dua istilah ini dicadangkan dan setahu saya gelombang dan ombak merupakan konsep berbeza. Huraian yang diberikan juga sedikit mengelirukan. Bolehkah saudara cadangkan istilah yang paling tepat daripada kedua-dua istilah ini?Berdasarkan data dalam PRPM, kedua -dua istilah, iaitu ombak dominan dan gelombang dominan ialah padanan bahasa Melayu yang betul untuk "dominant wave". Oleh itu, penggunaan kedua-dua istilah tersebut bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Istilah12.08.2016
Kong Wai berdiri di tepi pantai sambil melihat ombak yang putih. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan putih itu adakah sesuai digantikan dengan perkataan memutih?Ya, boleh: Kong Wai berdiri di tepi pantai sambil melihat ombak yang memutih.Tatabahasa12.05.2020
Saya ingin membuat semakan nama kedai untuk papan tanda atas nama 'Restoran Ombak Rindu'...Adakah Ianya Boleh Digunakan Sebagai Nama Restoran Saya?Mohon Penjelasan Segera Dari Pihak Tuan..Terima Kasih..Penggunaan nama "Restoran Ombak Rindu" adalah betul. Soalan ini telah dijawab pada 22 September 2015.Tatabahasa23.09.2015
Assalamualaikum..Saya Ingin Membuka Sebuah Restoran.. Nama Yang Saya Ingin Gunakan Ialah 'Restoran Ombak Rindu' kerana lokasinya yang berdekatan dengan laut Desaru..adakah nama tersebut boleh digunapakai?sekian,terima kasih..Penggunaan nama "RESTORAN OMBAK RINDU" adalah betul.Tatabahasa21.09.2015
Assalam tuan Adakah sama peribahasa kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dengan peribahasa kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk maksud peribahasa kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah. Terima kasih Azura

1. Peribahasa "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" bermaksud:

Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak sanggup/mampu tangani atau hadapi /Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 

2. Peribahasa "Kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk bermaksud:  Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan./
 Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita.

Lain-lain30.05.2019
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan?Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak.Tatabahasa16.07.2012
123

Kembali ke atas