Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[om.ba/] | اومبق

Definisi : ombak 1. gerakan air yg turun naik atau ber­gulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi me­nahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil ja­ngan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh men­­datangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga ta­nah tepi prb setelah beberapa lama me­nanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt om­bak; rambut pendek yg diombak-ombak ram­but yg dikeritingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[om.ba/] | اومبق

Definisi : gerakan air (di laut dsb) yg naik turun atau yg bergulung-gulung; ge­lombang kecil: ~ memecah di pantai. berombak bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. berombak-ombak 1 bergulung-gulung (bkn air laut dsb). 2 kelihatan spt ombak (bkn rambut dll); berketak-ketak: Rambut gadis itu panjang dan ~. mengombak (bergerak) spt ombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Pasang ombak di laut tinggi,
     Gelombang macam di Tanjung Puri;
Jika abang berjiwa tinggi,
     Jika sungguh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ombak yang kecil jangan diabaikan (= ditidakkan).

Bermaksud :

Perkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ombak-ombakombak-ombakKesenianTiadaBahagian lajur di tepi kiri dan kanan kepala kain.
laypuisi dendangKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu.
wave-cut terraceteres potongan ombak , teres hakisan ombakGeologiTiadaPermukaan bercerun landai yang terhasil oleh hakisan ombak dan menganjur ke dalam laut dari dasar cenuram potongan ombak.
wave heighttinggi ombak; tinggi gelombangKejuruteraanTiadaTinggi ombak: Jarak tegak di antara rabung ombak dengan lurah ombak yang berturutan.
wave amplitudeamplitud ombak; amplitud gelombangKejuruteraanTiadaAmplitud ombak: Ukuran jejari pergerakan orbit zarah permukaan ombak yang bersamaan dengan setengah tinggi ombak.
undertowarus bawahSains MarinTiadaArus yang berlaku apabila terdapat perbezaan kekuatan antara pecahan ombak. Apabila ombak bergerak dari air dalam ke air cetek, ia akan berpecah apabila menghampiri pantai. Arus bawah selalu mencari jurang di dasar laut untuk kembali ke tengah laut. Sinonim arus karau.
wave periodkala ombak; kala gelombangKejuruteraanTiadaKala ombak: Jangka masa yang diperlukan bagi bahagian antara dua rabung ombak.
littoral currentarus litoralSains MarinTiadaArus yang dihasilkan oleh ombak pecah apabila ombak menghampiri pantai pada suatu sudut, air dipaksa naik ke atas pantai dan menjana arus. Arus ini mengalir selari dengan pantai dan biasanya sering terjadi di kawasan pantai yang berbentuk lurus. Lihat juga arus susur pesisir.
artificial harbourpelabuhan buatanPelayaranTiadaPelabuhan yang perlindungan utama dari angin dan ombak adalah daripada pemecah ombak buatan.
trochoidal wavesombak trokoidKejuruteraanTiadaOmbak yang berbentuk trokoid.
12345678910...

Kembali ke atas