Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[om.pong] | اومڤوڠ

Definisi : Jk tidak bergigi lagi, luruh giginya: se­­benarnya dia sudah ~ sama sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ompong


Pantun

PantunSumberTema
Yanglah langsung biarlah langsung, Supaya tak berat hati mengenang; Orang tua ompong biarlah ompong, Supaya tak dapat menggigit orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang Pak Tua mulutnya ompong, Hendak mengunyah gusi berdarah; Sayanglah dara perutnya kembung, Hendak berlaki serba salah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gelilah tiung berbini banyak, Letak berjalan campak ke parit; Gigilah ompong gusi pun bengkak, Hendak menelan selera pahit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tiung mencuba terbang, Tinggi rendah terbang tak cedak; Awak ompong mengunyah pinang, Gusi berdarah pinang tak rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi rebung, Sedap sekali dibuat sayur; Sungguh malang berlaki ompong, Setiap hari memasak bubur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak limau menjadi kedondong, Banyaklah puding dimakan ulat; Sejak harimau bergigi ompong, Banyaklah kambing melawan bersilat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung bercabang rebung, Batangnya tidak berbelah lagi; Sungguh beruntung orang ompong, Makan tidak mengunyah lagi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ada untungnya membeli terung, Walau direndam tidakkan lengit; Ada untungnya berlaki ompong, Walau geram tak dapat menggigit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh bertuah parang bangkung, Bila disimpan tak usah diasah; Sungguh bertuah orang yang ompong, Bila makan tak payah mengunyah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak bayan, Duduk lemas berdiri hoyong; Susahlah hati hendak makan, Lauk keras gigilah ompong.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas