Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj dalam talian: an ~ data base, pangkalan data dalam talian; ~ system, sistem dalam talian. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata online


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Status penggunaan perkataan Online dalam laman web kerajaan untuk versi Bahasa Malaysia. Dibenarkan atau tidak? Cth: Current online - diterjemahkan ke Sekarang Online.Online ialah perkataan Inggeris. Sepatutnya perkataan it tidak digunakan dalam ayat atau teks bahasa Melay. Seharusnya diterjemahkan terlebih dahulu. Cadangan terjemahan ialah dalam talian.Lain-lain02.12.2008
Saya ingin tahu penggunaan Bahasa Melayu bagi perkataan - 'you can purchase online' diterjemahkan kepada "anda boleh membeli secara online" - perkataan online boleh diterima di dalam ayat bahasa melayu? terima kasihTerjemahan online dalam Bahasa Melayu ialah dalam talian, anda boleh membeli secara dalam talian.Penyemakan dan penterjemahan02.04.2019
1.Adakah 'atas talian' merupakan perkataan bahasa melayu yang betul bagi perkataan 'online'?Padanan online dalam bahasa Melayu ialah dalam talian.Istilah05.04.2011
Salam pagi, Soalanya: 1) Frasa yang manakah membawa maksud 'online'? 'Dalam talian' atau 'atas talian' atau 'talian online'? 2) Apakah terjemahan BM yang betul bagi e-learning? 3) Yang manakah betul? - Cara-cara penggunaan alat - Cara-cara menggunakan alat 4) Apakah perbezaan antara 'mengapa' dan 'kenapa'? Misalnya: - Jelaskan mengapa.... - Jelaskan kenapa.... Terima kasih :-)Maksud Perkataan online ialah dalam talian manakala e-learning merujuk kepada e-pembelajaran. "Mengapa" dan "Kenapa" merupakan kata tanya sebab. Penggunaan yang rasmi ialah "Mengapa", manakala "Kenapa" merupakan bahasa percakapan. Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Makna16.10.2015
permohonan online ambil masa berapa lama..cust call pun susah sgt nk angkat callUntuk makluman tuan, kami berusaha menguruskan setiap permohonan iklan dengan kadar yang segera, kekangan kami apabila terdapat dalam kalangan petugas dikehendaki bertugas di luar pejabat.Lain-lain13.05.2015
Kenapa kamus online PPRM dalam jawi lelah ditulis ل ل ه, bukan لله.
Kami telah merujuk PRPM dan dapatannya adalah seperti yang di bawah ini:


lillah
[lil.lah] | لله

Definisi : Ar demi (kerana, untuk) Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh yang demikian, tiada kesalahan yang dikesan. Kemungkinan terdapat gangguan teknikal semasa saudara membuat carian dalam PRPM pada masa itu.
Ejaan23.01.2023
berapa bayaran online yang saya kena bayar untuk pengesahan dbpBayaran untuk pengesahan dalam talian adalah seperti yang berikut:

1. RM30.00: Iklan Tiang (Pillar), Papan Iklan Luar (Billboard), Iklan Elektronik/Digital

2. RM10.00: Papan Premis Kedai/Syarikat/Pejabat, Kain Rentang/Sepanduk, Gegantung (Bunting), Poster, Notis, Pelabelan, Badan Kenderaan
Lain-lain29.12.2020
personalised services online navigation browser hardwarekhidmat pelanggan dalam talian pelayaran perkakasanLain-lain04.07.2007
apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'? Terima kasih

 

Salam Sejahtera Muszalina Fatimah Binti Mohamed Shaffee,

Soalan : Apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'?

Jawapan : Perkataan bahasa Melayu bagi 'online' ialah 'dalam talian'.

Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yang menjalankan tugas,

Abdul Razak Mohammad

Lain-lain30.06.2009
Apakah padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah "online vigilantism"?Tidak ada maklumat tentang frasa online vigilantism dalam pangkalan data kami. Melalui carian kami internet, vigilantism dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kaedah , tingkah laku , sikap dan lain-lain yang berkaitan dengan kumpulan yang sentiasa berjaga-jaga, pemerhati, terutamanya militan, ketaksuban dan wasangka. Jika Kami mencadangkan online vigilantism diterjemahkan kepada kewaspadaan sistem atau kewaspadaan dalam talian, berdasarkan konteks penggunaan ayat tersebut (sila semak konteks penggunaannya).Penyemakan dan penterjemahan26.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas