Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[op.tik] | اوڤتيک

Definisi : 1. kajian saintifik tentang cahaya dan pelihatan; 2. berkaitan dgn mata atau pe­lihatan; ~ gentian (Komp) teknik peng­han­taran data digital dlm bentuk denyutan cahaya melalui berkas gentian kaca yg panjang, lut sinar, dan halus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[op.tik] | اوڤتيک

Definisi : berkaitan dgn mata atau peng­lihatan: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata optik


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
saraf optikoptic nerveSaraf dalam mata yang berfungsi untuk menghantar maklumat dari reseptor yang berada di retina ke otak.Menengah Rendah
ilusi optikoptical illusionFenomena yang menyebabkan kesan visual yang palsu.Menengah Rendah
teleskoptelescopePeranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. Lihat RajahMenengah Rendah
periskopperiscopeAlat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. Lihat RajahMenengah Rendah
kantalensAlat optik yang biasanya terdiri daripada bahan lut sinar seperti kaca, plastik atau kuarza. Contohnya, kanta cembung dan kanta cekung.Menengah Rendah
mikroskopmicroscopeAlat optik yang digunakan untuk melihat objek yang sangat seni. Lihat RajahSekolah Rendah
telekomunikasitelecommunicationSistem komunikasi yang menghantar dan menerima maklumat melalui talian telefon, gentian optik, gelombang mikro dan satelit.Menengah Rendah
gambar rajah sinarray diagramRajah yang menunjukkan laluan sesuatu sinaran melalui sistem optik.Menengah Atas
imejimageBayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik lain.Menengah Rendah
imejimageBayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik yang lain.Menengah Atas

Kembali ke atas