Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Mengapakah anjing menyalak pada orang asing? atau 2) Mengapakah anjing menyalak terhadap orang asing? Ayat yang manakah lebih tepat?Kedua-dua ayat yang diberikan kurang tepat. Ayat yang lebih gramtis ialah Mengapakah anjing menyalak apabila/ketika melihat orang asing?Tatabahasa03.07.2018
saya Bun Van sedang belajar bahasa malayu dasar di university fatoni ingin bertanya apakah maksud Orang Asing ? terima Kasih.Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua "orang asing" merujuk kepada orang yang berasal dari negara lain.Makna03.11.2015
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama?Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya.Makna21.06.2010
Saudara Pengarang, saya menghadapi masalah tentang penggunaan perkataan2 berikut: mencabuli: dan memperoleh Dalam ayat2 berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa: Orang asing itu mencabuli kehormatan gadis itu. Orangasing itu mencabul kehormatan gadis itu. Dia telah memperoleh buku itu daripada Perpustakaan. Sila beri satu contoh ayat untuk menggunakan perkataan "memperolehi" Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka berterusan. Adakah ayat di atas betul? Sekian, terima kasih. Peter JohnsonAyat yang betul ialah i. Orang asing itu mencabul kehormatan gadis itu. ii. Dia telah memperoleh(daripada beroleh, tidak ada bentuk perolehi) buku itu daripada perpustakaan. iii. Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka secara berterusan. Tatabahasa12.05.2008
Istilah padanan bagi perkataan Inggeris xenophobia

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan xenophobia ialah xenofobia bermaksud perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing.

Lain-lain09.06.2010
1)apakah maksud pendatang tanpa izin mengikut kamus dewan? 2)apakah statistik terkini tentang pendatang tanpa izin? 3)apakah punca pendatand tanpa izin ini hadir ke malaysia dan bagaimanakah cara mereka masuk ke dalam negara kita?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pendatang tanpa izin ialah orang asing yang memasuki sesebuah negara lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negara tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang statistik, punca dan bagaimana cara mereka masuk ke negara kita, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber kerana skop perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertanyaan sedemikian. Saudara juga digalakkan membuat kajian di  Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.Makna22.07.2009
Padanan bahasa melayu untuk 'third wheel/ third wheeler'.Tiada maklumat terjemahan third wheel secara rasmi. Berdasarkan konsep A person who hangs out with two other people. The two other people are closer to each other than the "Third Wheel", third wheel boleh diterjemahkan sebagai orang ketiga atau orang asing.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2018
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA?Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua.
Ejaan yang betul ialah antidadah danĀ anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Tatabahasa06.10.2012
Dua orang daripada 50 orang pendatang asing yang melakukan rusuhan di kawasan sekolah itu telah ditembak mati. @ Dua daripada 50 orang pendatang asing yang melakukan rusuhan di kawasan sekolah itu telah ditembak mati. Mana yang betul secara gramatis dan tidak lewah?Ayat yang gramatis dan tidak lewah ialah dua daripada 50 orang pendatang asing yang melakukan rusuhan di kawasan sekolah itu telah ditembak mati.Tatabahasa05.12.2020
Apakah perbezaan antara yatim, piatu dan yatim piatu semasa mengisi maklumat murid yang terdapat dalam pengkalan data murid APDM ada tiga pilihan iaitu piatu, yatim dan yatim piatuyatim =anak yg kematian ibu atau bapanya
yatim piatu = anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya
Piatu- tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri.

Yatim dan yatim piatu mempunyai maksud yang sama. Saudara boleh memilih dan merujuk kepada pembuat sistem maklumat tersebut.
Tatabahasa07.09.2012
12345

Kembali ke atas