Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
embryonic nationalismnasiolisme embrionikSejarahTiadaPertumbuhan semangat nasionalisme yang masih di peringkat awal biasanya di kalangan orang-orang bawahan sahaja.
effective commandperintah berkesanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKuasa penuh terhadap orang bawahan. Kuasa ini perlu dimiliki oleh seseorang komander tentera terhadap orangorang bawahannya, atas prinsip tanggungjawab perintah, iaitu tanggungjawab untuk menghalang orang-orang bawahannya daripada melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, atau gagal menghukum mereka yang melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan.
span of controljangkauan kawalanPentadbiranTiadaBilangan orang bawahan yang bertanggungjawab secara terus kepada seorang penyelia atau pengurus.
zero of indifferencezon puas samaPentadbiranTiadaKeadaan yang memastikan orang bawahan menerima arahan dan keputusan tanpa bantahan.
preceptperintahSejarahTiadaPetua, nasihat, ajaran atau petunjuk yang di arahkan oleh pihak berkuasa kepada orang bawahan. (SEJ
supervisory beliefkepercayaan seliaanUmumTiadaPerihal yakin pada kebolehan seseorang untuk memantau sikap, prestasi dan kebolehan orang bawahan.
populacerakyat; orang ramai; pendudukSejarahTiadaGolongan rakyat biasa atau orang bawahan dalam sesebuah masyarakat.
supremeterutamaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi.
administrative leadershipkepimpinan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Barisan pemimpin yang memegang tanggungjawab pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Mereka mempunyai kuasa dalam menentukan misi, visi, matlamat dan objektif organisasi. Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab merancang, merencana, mengurus, menyelaras dan mengawal segala perjalanan organisasi. Seseorang pemimpin perlu menjadi suriteladan yang baik kepada orang bawahan. Keberkesanan seseorang pemimpin bukannya terletak pada kuasa mutlak ataupun perundangan yang ada padanya tetapi bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk mendorong, merangsang dan menggembeling sepenuh tenaga kerja, kepakaran dan infrastruktur yang ada bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kepimpinan pentadbiran yang baik perlu mempunyai wawasan yang jelas mengenai matlamat yang hendak dicapai dan arah tuju yang perlu diikuti.

populist groupkumpulan populisSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang berjuang untuk kepentingan golongan bawahan atau orang kebanyakan. Gerakan ini sering menggunakan isu kesusahan golongan tani, buruh dan pekerja bawahan lain untuk mendapatkan sokongan daripada golongan popular ini. Isu pekerjaan dan tempat kerja, perumahan dan kesesakan, pendapatan dan kemiskinan serta isu penindasan dan kebebasan merupakan isu utama yang dilaungkan oleh kelompok ini. Kumpulan populis berkembang di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19 yang banyak berjuang untuk kepentingan golongan tani. Contohnya Parti Populist yang dibentuk pada tahun 1892 di Amerika Syarikat.
12

Kembali ke atas