Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Anaklah enggang di kayu tinggi,
     Barang jatuh saya pegangi;
Orang dagang kami sanjungi,
     Semoga tuan hiburkan hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008
Assalamualaikum. Soalan saya ialah perkataan 'pemerdagangan' yang sekarang ini digunakan untuk memperkatakan isu pemerdagangan orang, adakah betul dari segi penggunaan imbuhan apitan 'peN-...-an'? Apakah kata dasar bagi kata terbitan tersebut? Adakah proses pengimbuhan ini melibatkan peraturan p,t,k,s? Misalnya jika imbuhan 'pen-' berjumpa dengan perkataan yang bermula dengan hurup 'p' misalnya 'pukul' jadi 'pemukul' . . .. Saya harap dapat penjelasan bagaimana boleh terbentuknya kata terbitan 'pemerdagangan' tersebut. Sekian.Kita lihat kaedah pembentukan kata yang betul, iaitu perkataan perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Tatabahasa05.03.2012
Apakah perbezaan antara yatim, piatu dan yatim piatu semasa mengisi maklumat murid yang terdapat dalam pengkalan data murid APDM ada tiga pilihan iaitu piatu, yatim dan yatim piatuyatim =anak yg kematian ibu atau bapanya
yatim piatu = anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya
Piatu- tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri.

Yatim dan yatim piatu mempunyai maksud yang sama. Saudara boleh memilih dan merujuk kepada pembuat sistem maklumat tersebut.
Tatabahasa07.09.2012
salam...soalan sy ialah apakah sumbangan hamzah fansuri. tidak kisah sumbangan dari segi apa2 pn,terima kasih

Hamzah Fansuri hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV (1589-1604 Masihi). Beliau lahir di sebuah kampung bernama Fansur. Pada zaman Kesultanan Acheh, Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di Acheh. Hamzah Fansur pernah memangku jawatan ulama dan penasihat kepada sultan. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ilmu tasawuf beraliran Wahdatul Wujud dan pengikut Tariqat Qadiriyah. Beliau telah menghasil pelbagai karya agama dan sastera seperti antaranya Syair Burung Punggok, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syarab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Cinta Tuhan), Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana) dan al-Muntahi.

Untuk mengetahui lagi tentang tokoh Hamzah Fansuri, sila dapatkan atau rujuk buku "Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik" diterbitankan oleh DBP, 1987.

Lain-lain22.01.2010
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkaitĀ­an; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka.

Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.

Lain-lain07.12.2017
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009

Kembali ke atas