Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Anaklah enggang di kayu tinggi,
     Barang jatuh saya pegangi;
Orang dagang kami sanjungi,
     Semoga tuan hiburkan hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drug (deletrious)madatSejarahTiadaBahan yang mengandungi kandungan kimia yang mengkhayalkan dan merosakkan kesihatan yang menjadi barang dagang di antara China dan orang-orang Eropah di zaman dinasti Manchu.
alprazolamalprazolamKimiaForensikNama dagang, Xanax. Antidepresan benzodiazepina yang mempunyai tindakan jangka panjang yang digunakan dalam rawatan jangka pendek untuk keresahan. Kesan Sampingannya termasuk rasa mengantuk dan terawang-awang. Julat dos lazim untuk orang dewasa adalah sehingga 4 mg sehari.
B2C[business-to-consumer]B2C(niaga-ke-pengguna)Teknologi MaklumatTiadaAkronim yang memperihalkan beribu-ribu tapak web e-dagang yang menjual barangan kepada orang awam. Kesan B2C ke atas perniagaan termasuklah peningkatan kecekapan dalam penghantaran barangan dan khidmat kepada pengguna. Lihat juga B2B
profripryline hydrochlorideprotriptilina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C19H2IN.HCI; nama dagang, Vivactil, Concordin. Hablur putih, takat lebur 169�C - 171�C, larut dalam air, etanoI dan kloroform, tak larut dalam eter. Hablur ini merupakan antidepresan. Dos oral bagi orang dewasa ialah 15 mg/hari - 60 mg/hari. Dalam plasma, dos terapeutik ialah 0.07 mg/L - 0.25 mg/L, dos toksik adalah melebihi 0.5 mg/L dan dos maut adalah melebihi I mg/L.
phenylbutazonefenilbutazonKimiaForensikFormula kimia, C19H20N2O2; nama dagang, Butazolidin, Butacote, Serbuk putih, pahit dan tak berbau, Takat lebur 105�C, larut dalam kloroform, aseton dan larutan beralkali, tidak larut dalam air. Ubat ini digunakan untuk merawat artritis reumatoid, gout, osteoartritis, dan bursitis, Dos harian awal bagi orang dewasa adalah dalam julat 300 - 600 mg dalam 3 hingga 4 dos, Dos terapeutik ialah 50 �g/mL - 100 �g/mL, dos toksik ialah 120 �g/mL - 200 �g/mL dan dos maut ialah 400 �g/mL. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat ini tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti edema, loya, ruam, atau pengaktifan semula ulser peptik pendam. Sinonim butazolidin.
anileridineanileridinaKimiaForensikFormula kimia, C22H28N2O2 ; nama dagang, Leritine, Apodol. Serbuk berhablur tanpa bau, takat lebur 83°C, berwarna putih, larut dalam etanol dan kloroform, larut sangat sedikit dalam air. Serbuk ini adalah toksik secara pengingesan dan boleh menyebabkan ketagihan dan mempunyai kesan antagonis terhadap narkotik. Dos maut bagi orang dewasa dianggarkan 0.5 g. Dos oral atau suntikan pula ialah 25 mg - 60 mg.
propylhexedrinepropilheksedrinaKimiaForensikFormula kimia, C10H2IN; nama dagang, Benzedrex. Cecair jernih tak berwarna, larut dalam etanol, kloroform dan eter, tak larut dalam air. Propilheksedrina merupakan agen simpatomimetik yang digunakan dalam rawatan hidung tersumbat, asma, dan demam alergi. Dos harian ialah 75 mg - 100 mg. Dos maut ialah 200 mg bagi kanak-kanak dan 2000 mg bagi orang dewasa.
propoxyphene hydrochloridepropoksifena hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C22H29NO2,.HCI; nama dagang, Dolene, Develin, Doloxene, Proxene; nama lain, dekstropropoksifena. Hablur putih, takat lebur 170�C - 171�C, Iarut dalam air, etanol, kloroform dan aseton, tak larut dalam eter dan benzena. Propoksifena hidroklorida merupakan analgesik narkotik sederhana kuat, dan juga antitusif. Hablur ini tidak boleh digunakan bersama-sama ubat penenang atau antidepresan, alkohol atau penyalahgunaan dadah atau jika alergi terhadap aspirin. Hablur ini juga tidak harus digunakan oleh orang yang berkecenderungan membunuh diri, penagihan alkohol atau dadah, atau perempuan mengandung. Kesan sampingan termasuk masalah hati, loya, pening, mengantuk, atau muntah. Dalam plasma, dos terapeutik ialah 0.05 mg/L- 0.75 mg/L. Dos toksik adalah melebihi I mg/L, dos parah adalah melebihi 2 mg/L. Dos parah yang dianggarkan untuk orang dewasa ialah 0.5 g. Penemuan klinikal dalam kes keracunan ialah loya, muntah, ruam kulit, ptosis, dan konvulsi.
dextromethorphan hydrobromidedekstrometorfan hidrobromidaKimiaForensikFormula kimia, C18H25NO.HBr.H2O; nama dagang, Dormethan, Cosy Ian, Benylin. Serbuk berhablur putih, takat lebur 122�C - 124�C, larut dalam kloroform dan etanol, larut sangat sedikit dalam air dan tak larut dalam eter. Ubat ini digunakan sebagai antitusif yang tidak mempunyai kesan analgesik atau kesan opium dan mungkin menyebabkan alergi. Kesan sampingannya termasuk kesukaran bernafas. Dos parah ialah 0.5 g bagi orang dewasa.
amphetamineamfetaminaKimiaForensikFormula kimia, C9H13N; nama lain, metilfenetilamina; nama dagang, Benzedrine. Cecair mudah meruap, mudah terbakar, tanpa warna dengan bau cirian yang kuat dan terasa pedas sedikit, takat didih 200°C - 203°C (terurai), larut dalam etanol dan eter, dan larut sedikit dalam air. Amfetamina dipreskripsikan sebagai perangsang dan antidepresan, dan kadangkala sebagai ubat bagi program kawalan berat badan. Ia menjadi asas sekumpulan bahan halusinogen, iaitu ubat yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Ia pernah tersebar luas di pasaran sebagai ubat jaga, tetapi sekarang menjadi bahan terkawal kerana kemungkinan disalahgunakan. Kegunaan perubatannya sekarang adalah untuk merawat keadaan serangan tidur yang tidak terkawal dan merawat penyakit hiperaktif. Kesan sampingannya termasuk lekas marah, gementar, kebergantungan terhadap ubat, sukar tidur dan resah gelisah. Penggunaan yang terlalu banyak mengakibatkan kecenderungan membunuh diri, paranoia dan halusinasi. Dos maut minimum (MLO) ialah 10 mg bagi kanak-kanak berumur sehingga 2 tahun dan 100 mg bagi orang dewasa.
12

Kembali ke atas