Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Encik Lebai naik ke bukit,
     Menangkap ayam di pohon gaharu;
Orang kebal lukanya sedikit,
     Remuk di dalam orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menyoal berkenaan penggunaan perkataan 'orang-orang' dalam bahasa Melayu. Adakah perkataan tersebut sah digunakan sebagai kata jamak ataupun perkataan tersebut hanya merujuk kepada patung yang diletakkan di tengah sawah? Perkataan tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tetapi saya mendapatinya dalam satu entri Kamus Pelajar Edisi Kedua.Kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung.Makna03.12.2013
Boleh saya dapatkan istilah tepat bagi 'scarecrow'. Adakah orang-orang atau orang-orangan? Kedua, bolehkah saya gunakan orang-orang sebagai penanda jamak bagi perkataan orang. Terima kasihKedua-dua "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun, tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa.Istilah27.07.2016
1)Beberapa orang sedang membeli sayur. 2)Tiga oang bermain bola. adakah ayat-ayat ini betul? adakah "orang" dalam konteks ayat tersebut membawa maksud penjodoh bilangan dan perlu diletakkan pelaku di belakangnya ?contohnya : Beberapa orang wanita sedang membeli sayur. Tiga orang budak bermain bola.Orang dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai penjodoh bilangan, maka perlu dilengkapkan menjadi "tiga orang pemain" dan "beberapa orang wanita".Tatabahasa31.08.2015
Apakah ayat songsang untuk ayat di bawah: (a) Orang-orang kampung tidak menyukai Faizan kerana dia selalu mencuri.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat (Tidak menyukai Faiza kerana dia selalu mencuri orang-orang kampung) dan pendepanan sebahagian daripada predikat (Tidak menyukai Faizan orang-orang kampung kerana dia selalu mencuri). Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu.Tatabahasa08.11.2015
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman

Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua.  Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan.

Tatabahasa26.03.2014
Bolehkah padanan bagi "extradition of persons" adalah "ekstradisi orang-orang" atau memadai "ekstradisi orang" sahaja?Padanan dalam bahasa Melayu iaitu "ekstradisi orang" sudah memadai.Lain-lain25.08.2021
Salam sejahtera, saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara borang soal selidik dan borang kaji selidik. Harap dapat membantu, terima kasih.Soal selidik ialah sejumlah soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat ter­tentu;

Manakala kaji selidik pula ialah kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dengan nyata;
Makna21.09.2013
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih

Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan:
1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti.

2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it:
Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 

3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini.
Makna21.09.2022
Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih.Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut.Tatabahasa07.01.2015
Kata nama 'orang kaya' ditulis dalam huruf besar atau tidak? contohnya : Orang Kaya Jelebu orang kaya Jelebu ataupun kalau tiada nama tempat, dan hanya merujuk pada orang tersebut..contoh : "Saya pun bersetuju dengan kata- kata Orang Kaya dan sahabat- sahabat." atau "Saya pun bersetuju dengan kata- kata orang kaya dan sahabat- sahabat."Frasa orang kaya kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil, namun Orang Kaya Jelebu ialah kata nama khas dieja dengan huruf besar.Ejaan01.08.2013
12345678910...

Kembali ke atas