Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Encik Lebai naik ke bukit,
     Menangkap ayam di pohon gaharu;
Orang kebal lukanya sedikit,
     Remuk di dalam orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Pantun

PantunSumberTema
Mabuklah orang dalam perahu, Ombak besar setinggi rumah; Mabuklah abang duduk merindu, Adik kudengar pergi menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri berdagang nasi, Orang dalam berjaja beras; Sayulah hati memandang laki, Siang dan malam bekerja keras.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sapu tangan berbelang-belang, Dibawa orang dalam kenduri; Maluku bukan alang kepalang, Kerana abang mungkirkan janji. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain budak bersulam kesuma, Pakai cantik Raja Cina; Puan cantik saya tak gila, Banyak orang dalam dunia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak lintah paya dalam, Orang menangguk anak udang; Nanti titah adik di dalam, Bukan tak tahu masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa dalam Sungai Sanggarang, Dalam lagi sungainya Kores; Berapa dalam renungan orang, Tajam lagi hujung keris.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Yang pergi tidak menjelau, Hendak dicari lautan dalam; Orang berbini awak yang risau, Melihat bininya tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang hendak biarlah pendek, Untung pendek kain tak dalam; Orang pesek biarlah pesek, Hidung pesek penciuman tajam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Duduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang berkebun saya berkebun, Dalam kebun bertanam bunga; Orang berpantun saya berpantun, Dalam pantun ada makna.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678910...

Kembali ke atas