Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Encik Lebai naik ke bukit,
     Menangkap ayam di pohon gaharu;
Orang kebal lukanya sedikit,
     Remuk di dalam orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam Sungai Sanggarang, Dalam lagi sungainya Kores; Berapa dalam renungan orang, Tajam lagi hujung keris.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Kuala Bentan, Umpama dilumur dengan lumut; Menggunting dalam lipatan, Itulah musuh dalam selimut.
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam lubuk Beladin, Terlebih dalam lubuk Muarang; Berapa tajam pisau dan ladin, Terlebih tajam mata pedang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun empat, Satu mati tinggal tiga; Minta tulis dalam makrifat, Minta masuk dalam syurga.
12345678910...

Kembali ke atas