Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Encik Lebai naik ke bukit,
     Menangkap ayam di pohon gaharu;
Orang kebal lukanya sedikit,
     Remuk di dalam orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyebutan1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih;Kamus Dewan Edisi Keempat
orang keluarana) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam);Kamus Dewan Edisi Keempat
orang dalama) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
menung; bermenung, bermenung-menung berfikir panjang, memikir dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu agaknya, bawalah dahulu ~; memenungkan memikirkan dalam-dalam: ibu yg kehilangan suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya; termenung, termenung-menung dlm ke­adaan bermenung: sejenak ia ~ memikirkan sesuatu; menungan, kemenungan tafakur, renu­ngan; permenungan perbuatan bermenung: bila-kah gerangan akan habis ~mu wahai orang muda? pemenung orang yg suka bermenung.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperdalam1 menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2 berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menung; bermenung, termenung duduk diam sambil berfikir atau bertafakur ttg sesuatu; berfikir panjang. memenungkan memikirkan sesuatu dalam-dalam. menungan 1 apa-apa yg dimenungkan; renungan. 2 hal bermenung atau termenung. pemenung orang yg suka termenung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dalam III1 jauh ke bawah dr permukaan: Perigi itu sangat ~. Lukanya agak ~. 2 ki penuh atau berisi (ttg ilmu): Beruntunglah orang yg berguru dgn seseorang yg ~ ilmunya. 3 ki hingga ke lubuk hati (ttg cinta, penderitaan dll): Kasih ibu terhadap anaknya sangat ~. 4 tidak mudah difahami: Yg diperkatakannya itu mempunyai erti yg ~. mendalam 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. mendalami berusaha supaya mengetahui (memahami, mengerti) dgn teliti atau dalam: Beliau ingin ~ bidang pertanian. Dia mencuba ~ hati kawannya itu. mendalamkan 1 menjadikan dalam: Kuli itu sedang ~ parit di tepi jalan. 2 meluaskan atau mengkaji dgn teliti ttg sesuatu ilmu: Dia pergi ke London utk ~ pengetahuannya dlm bidang perubatan. memperdalam 1 menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2 berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu. kedalaman keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. pendalaman perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memperdalam1. menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2. berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu.Kamus Pelajar
mendalamkan1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = mem­per­dalam ki menjadikan lebih dalam (pela­jaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan pro­fesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran pro­fesion;Kamus Dewan Edisi Keempat
colibaju dalam orang perempuan utk mengampu buah dada; kutang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas