Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Dapur kayu dapur belulang,
     Nampak saja berkilat-kilat;
Cakap tuan tak usah berulang,
     Adik pandai menangkap kilat.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Melakak kucing di dapur.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Tabu liat tabu kapur, Sama tengah pokok keladi; Apa dibuat orang dapur, Kalau dah masak hidang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Yang rumah dapur berasap, Tanda orang bertanak nasi; Abang sudah terlanjur cakap, Nyawa hilang tidak peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh betung berdekak-dekak, Ayam berbunyi di tepi dapur; Sungguh beruntung orang pekak, Meriam berbunyi awak tertidur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas