Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Hanyut sampai Pulau Jerjak;
Hajat hati nak pulang ke kampung,
     Badan terkurung tempat dipijak.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Seperti sampah hanyut.

Bermaksud :

Orang miskin yang hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza??

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud  1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;

Istilah01.11.2009
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara bidalan dan pepatah? Bagaimana ingin membezakan antara bidalan & petatah? Sekian, terima kasih.Bidalan ialah  susunan kata yang tertentu dan mempunyai erti yang khusus (biasanya berisi pengajaran, peringatan dan sebagainya). Lazimnya bidalan tidak didahului kata sendi nama bagai, seperti dan sebagainya. Contoh: malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Pepatah ialah peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; pepatah juga ialah kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya. Contoh: di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Makna19.03.2020
Selamat sejahtera, Di sini saya ingin mengemukakan beberapa soalan . 1. apakah kata kerja bagi perbuatan murid sekolah rendah yang membawa beg di kedua-dua belah bahu di belakang mereka. Adakah kata kerja itu menggalas atau menyandang ? Apabila disemak kamus menggalas menggunakan kayu tetapi setahu saya perbuatan itu kita sebut sebagai menggalas beg manakala menyandang hanya di sebelah bahu. contohnya menyandang senapang , pedang dan beg tangan. harap pihak DBP dapat berikan penjellasan. tk Soalan kedua tersadai dan terdampar Jika disemak kamus seakan-akan sama. pemahaman saya pula... tersadai untuk benda manakala terdampar boleh pada orang atau mayat. bagaimanakah hendak bezakannya kerana apabila disemak kamus , agak keliru. terima kasih,harap mendapat jawapan secepat mungkin kerana soalan dalam peperiksaan sekolah. terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perbuatan membawa beg di belakang  ialah menggalas beg manakala membawa beg disebelah bahu ialah menyandang. Perkataan dampar membawa maksud hanyut dan terkandas di pantai. Perkataan sadai membawa maksud terdampar. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan secara bertukar ganti. Makna13.05.2008
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011

Kembali ke atas