Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Hanyut sampai Pulau Jerjak;
Hajat hati nak pulang ke kampung,
     Badan terkurung tempat dipijak.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Seperti sampah hanyut.

Bermaksud :

Orang miskin yang hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Yang luas tentulah laut, Yang sempit tentulah selat; Orang malas tentulah hanyut, Orang pelit tentulah jahat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hanyut pandan tiga kelopak, Orang mengail diolak tamban; Entah di mana badan tercampak, Saya menyanyi meninggalkan zaman.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang menarah atas lubang, Hanyut rakit berubah-ubah; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih ubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hanyut rakit dari hulu, Mati pelanduk ditanduk rusa; Alangkah sakit menanggung rindu, Orang tidak menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila orang pergi ke laut, Bawalah timba untuk bersiram; Apabila abang mati hanyut, Relalah hamba mati karam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Masak nasi periuk tergantung, Hanyut puntung dari paya; Niat hati hendak bergantung, Orang tak hendak apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lancang hanyut di Kuala Linggi, Galah tak sampai disambung dua; Kalau tiada abang siapa lagi, Boleh berjumpa dengan orang tua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak buntal bergapai-gapai, Bila pasang berhanyut-hanyut; Awal bebal memandai-mandai, Ditanya orang terkentu-kentut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Labu manis dimakan semut, Tak dapat lagi dimakan orang; Malu habis iman pun hanyut, Laknat menanti badan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pokok rambutan dipukul ribut, Hanyut sampai hutan seberang; Di mulut naga alang kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas