Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rang­kaya panggilan kpd isteri orang yg ber­pangkat atau yg patut dihormati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "orang kaya-orang kaya", "orang kaya-kaya" dan "orang-orang kaya"? Boleh terangkan setiap satu dari segi golongan kata?Orang kaya bermaksud i. orang yang mempunyai banyak harta.ii. orang yang tinggi kedudukannya(pangkatnya,martabatnya). Kedua-dua perkataan ini tergolong dalam golongan kata kata nama. Makna pertama lebih bersifat umum dan yang kedua merujuk pada gelaran. Bentuk kata ganda bagi kata ini ialah orang-orang kaya.    Tatabahasa04.06.2008
Saya masih kurang faham..boleh terangkan, apakah yang dimaksudkan umum bagi perkataan "orang kaya-orang kaya"? Lagi satu, bagaimanakah pembentukan kata ganda "orang-orang kaya"? Apakah rumusnya??Orang kaya yang yang digunakan dalam konteks gelaran ditulis Orang Kaya. Orang kaya dalam konteks umum, ialah yang bermaksud orang yang mempunyai banyak harta. Dalam proses penggandaan hanya unsur pertama sahaja diulang, iaitu Orang-orang Kaya atau orang-orang kaya.     Tatabahasa05.06.2008
Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar. atau Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar-besar. ayat yang mana betul? terima kasih.Untuk membentuk ayat yang gramatis hanya satu kata ganda dalam satu ayat. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar.Tatabahasa27.02.2012
Kata nama 'orang kaya' ditulis dalam huruf besar atau tidak? contohnya : Orang Kaya Jelebu orang kaya Jelebu ataupun kalau tiada nama tempat, dan hanya merujuk pada orang tersebut..contoh : "Saya pun bersetuju dengan kata- kata Orang Kaya dan sahabat- sahabat." atau "Saya pun bersetuju dengan kata- kata orang kaya dan sahabat- sahabat."Frasa orang kaya kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil, namun Orang Kaya Jelebu ialah kata nama khas dieja dengan huruf besar.Ejaan01.08.2013
Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.'

Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara".

Ejaan31.10.2011
1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. (apakah kesalahan ayat di atas?)

1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. - perkataan luas kurang tepat kecuali jika disabitkan kepada dalaman rumah, lazimnya rumah disebut sebagai besar.

 

Tatabahasa19.08.2010
Sila semak dua ayat ini, dan berikan nasihat tentang penggunaan kata 'bahawa'. Saya tahu, awak orang kaya. Saya tahu bahawa awak orang kaya.

Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. Ayat yang saudara kemukakan itu lebih berbentuk bahasa percakapan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253, 398, 416, 508

Tatabahasa13.11.2010
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "seolah-olah." Adakah kita perlu tambah atau tidak perkataan "seperti" selepas "seolah-olah"? Contohnya. 1) Dia berlagak seolah-olah seperti orang kaya. 2) Dia berlagak seolah-olah orang kaya. Yang mana satu betul? Ada seperti atau tanpa seperti?Seolah-olah bermaksud seakan-akan, selaku, seperti. Oleh itu, tidak perlu ada pengulangan perkataan "seperti" selepas perkataan "seolah-olah". 

Jawapan yang betul ialah "Dia berlagak seolah-olah orang kaya."
Lain-lain09.09.2020
Salam sejahtera. Penggunaan(oleh itu, seterusnya) di bawah ini, mana satukah ayat diterima? Mengapa? 1. Kim anak orang kaya. Oleh itu, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. 2. Kim anak orang kaya. Seterusnya, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan.Ayat yang betul ialah ayat pertama kerana oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). 

Tatabahasa02.07.2017
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:)Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah:
a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. 
Tatabahasa28.02.2012
123456

Kembali ke atas