Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~, bukan kereta saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Balasatudin berasal nama,
     Yang bernama si Simpanglah Tiga;
Orang lain bukan tak ada,
     Abang seorang masih di mata.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(344)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu Dewan, tetapi guru bahasa Melayu saya mengatakan bahawa frasa yang betul ialah "bergantung kepada orang lain" kerana "kepada" merujuk orang. Jadi, "bergantung kepada orang lain" atau "bergantung pada orang lain"?Dalam bahasa Melayu,satu daripada penggunaan kata sendi nama kepada adalah untuk menunujukkan maksud sasaran. Manakala satu daripada fungsi kata sendi nama pada adalah untuk menunjukkan maksud sandaran. Penggunaan frasa yang betul ialah "bergantung pada orang lain" , iaitu membawa maksud sandaran.Tatabahasa19.05.2014
Apakah peribahasa yang menepati maksud di bawah? orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Terima kasih.Terdapat beberapa peribahasa yang menepati maksud "Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya". Antaranya:

1) Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah
2) Lain yang bengkak, lain yang bernanah
3) Lain yang untut, lain yang mengisut.
Lain-lain27.06.2015
Mohon pencerahan, ayat manakah yang betul? Dia terlalu bergantung pada orang lain. ataupun Dia terlalu bergantung kepada orang lain.Ayat yang gramatis ialah "Dia terlalu bergantung pada orang lain". Tatabahasa14.09.2011
Apakah maksud kata hikmah ini“membantu orang lain dengan harta,adalah perbuatan yang mulia.Membantu orang lain dengan ilmu,bagi sumber air mengalir terus.”?

Dari sudut ajaran Islam “membantu orang lain dengan ilmu, bagai sumber air mengalir terus” bermaksud ilmu yang baik dan bermanfaat yang diajarkan oleh seseorang kepada orang lain selagi ilmu tersebut diamalkan/dimanfaatkan, orang yang mengajarkan ilmu tersebut akan mendapat pahala yang berterusan.

Makna25.07.2021
Antara berikut, yang manakah ayat yang betul? 1. Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain. 2. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada sumbangan orang lain.

Salam sejahtera,

'Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain' adalah ayat yang tepat.

Tatabahasa10.10.2012
Cikgu DBP, mengapakah kita menggunakan "bergantung pada orang lain" dan bukan "bergantung kepada orang lain"?Frasa yang diterima ialah "bergantung pada" merujuk keterangan (abstrak) bagi sesuatu perbuatan seperti bergantung pada belas ihsan jiran sekampung.Tatabahasa17.05.2014
Cuba elak memfokus pada/kepada apa yang kita dapat daripada orang lain.Cuba elak memfokus kepada apa yang kita dapat daripada orang lain.Tatabahasa28.03.2012
Muammar Rashidi Jun 25th, 6:51pm Assalamualaikum. Saya inginkan perbezaan istilah-istilah berikut: (1) Cari salah orang lain dan menyalahkan orang lain, (2) Orang kelainan upaya dan orang kurang upaya, (3) Bukan mahram dan bukan muhrim, (4) Penjenayah dan suspek.Penggunaan istilah yang betul ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Muhrim dan mahram keduaduanya betul, lihathttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=muhrim unmtuk maklumat lanjut. Penjenayah ialah orang yang melakukan jenayah dan suspek ialah bahasa percakapan yang bermaksud orang yang disyaki melakukan jenayak. Untuk makna yang pertama, sila rujuk kamus dan bezakan makna mencari dan menyalahkan untuk frasa mencari/menyalahkan orang lain.Tatabahasa25.06.2014
kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita perolehi/memperoleh dengan orang lain.Ayat yang betul ialah kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita peroleh daripada orang lain.Tatabahasa03.05.2009
Cikgu, Dr. Awang Sariyan dalam bukunya, Tuntunan Bahasa, pernah mengatakan bahawa "mahu" digunakan untuk menyatakan keinginan diri akibat ajakan orang lain; "hendak" digunakan untuk menyatakan keinginan diri tanpa ajakan orang lain. Benarkah adanya perbezaan ini?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.


Bagi aspek linguistik, buku Datuk Dr. Awang Sariyan boleh dijadikan sebagai panduan.
Tatabahasa08.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas