Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : khalayak ramai, orang banyak, umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : khalayak ramai; umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang kebanyakan; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Daun cenalu berbalik-balik,
     Gugur ke tanah berderai-derai;
Pengantin baru masuk ke bilik,
     Orang ramai mula bersurai.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiada terkajang batu di pulau.

Bermaksud :

Tiada terlayan kehendak orang ramai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Perkataan yang manakah paling sesuai? Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang?Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang
Kedua- duanya betul. Yang paling sesuai ialah orang ramai.

Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang

Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam.
Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
Tatabahasa21.09.2012
Adakah struktur ayat di bawah ini betul? 'orang ramai' diikuti dengan 'berduyun-duyun' walhal orang ramai sudah menunjukkan jumlah yang banyak. Sejak petang lagi, orang ramai sudah berduyun-duyun ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.Orang ramai bermaksud masyarakat umum atau orang awam dan orang ramai tidak dinisbahkan kepada ramainya orang. Oleh itu, ayat tersebut betul dan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa26.07.2013
Tuan, adakah "orang ramai kebingungan" semaksud "orang ramai berasa bingung"? "Kebingungan" perbuatan bangun kena buat yang berapitan ke-...-an kerana benda ayat dikenai sesuatu walaupun manusia. Maka "kebingungan" dalam frasa itu bermaksud orang ramai dikenai oleh rasa bingung, maka benda ayat "orang ramai" mengalamilah rasa bingung, berasa bingung, itulah sebabnya kebingungan = berasa bingung! Jadi, untuk maksud "berasa gembira", bolehlah saya bina ayat seperti: (1) Saya kegembiraan oleh melihat dua orang itu berbaik semula. "Saya" benda ayat yang seakan-akan penyambut, iaitu benda yang dikenai perbuatan, maka ke-...-an yang menandai bangun kena buat itu digunakan. Saya kegembiraan = saya dikenai oleh rasa gembira = saya mengalami rasa gembira = saya berasa gembira. Ini keadaan ke-...-an + sifat (gembira, bingung). Ayat ini seperti: (2) Saya kecurian (ke-...-an + perbuatan "curi") pen = "saya" benda ayat yang dikenai, iaitu dikenai perbuatan "curi" dan "pen" penerang kepada perbuatan "kecurian", iaitu menerangkan benda yang dicuri. Jadi, adakah kebingungan = dikenai oleh rasa bingung = berasa bingung; "kesedihan" = ditimpa rasa sedih = berasa sedih?Perkataan kegembiraan tidak boleh digunakan pada ayat yang sama seperti "orang ramai kegembiraan". Tetapi boleh ditulis "Dia menjerit kegembiraan"Tatabahasa23.12.2016
Pencuri itu dikejar oleh "orang ramai" atau"ramai orang"??? Yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Ayat yang betul - Pencuri itu dikejar oleh orang ramai. 'orang ramai' dalam ayat tersebut merupakan frasa nama yang merujuk kepada masyarakat.Tatabahasa17.01.2011
Assalamualaikum. saya kurang faham penggunaan orang ramai dan ramai orang. Adakah ayat ini betul ? ( gambar satu kemalangan jalan raya ) Orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. atau ramai orang datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. Mana satu ayat yang betul.Kedua-dua ayat tersebut betul. Orang ramai dan ramai orang ada membawa maksud yang sama iaitu khalayak ramai, orang banyak atau umum. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih persis ialah orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu.Tatabahasa16.06.2009
dikagumi oleh orang ramai atau ramai orangKedua-duanya betul, tetapi yang paling tepat ialah dikagumi oleh orang ramai bermaksud dikagumi oleh khalayak umum.Tatabahasa03.07.2012
Apakah perbezaan antara 'orang ramai' dengan 'ramai orang'Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.Makna24.07.2013
1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. atau Orang ramai berhimpun di balai raya Taman Indah. (adakah balai raya itu dianggap sebahagian drp nama khas?) 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. atau Guru menulis tajuk karangan pada papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar di dinding. atau Ayah menggantung gambar pada dinding.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah.

2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam.

3. Ayah menggantung gambar pada dinding.

 

Tatabahasa25.01.2015
Adakah terdapat perbezaan makna antara `ramai orang' dengan `orang ramai'? . Jika berbeza, boleh tak tuan tunjukkan dalam bentuk ayat? Terima kasih

Ramai orang biasanya merujuk keadaan di sesuatu tempat manakala orang ramai merujuk masyarakat umum, awam 

Istilah13.05.2009
Salam sejahtera. Ayat di bawah manakah yang betul. a. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memelihara alam sekitar. b. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Sekian terima kasih.Ayat yang lebh tepat ialah "Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar."Tatabahasa02.10.2013
12345678910...

Kembali ke atas