Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Bagai kerbau runcing tanduk.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
association booknaskah pertalianPerpustakaanTiadaNaskhah yang mempunyai inskripsi autograf atau nota-nota oleh pengarang atau yang berkaitan rapat dengan orang terkenal yang memilikinya, atau kepunyaan seseorang yang berkaitan dengan kandungan buku tersebut.
characterwatak; aksara; ciriPerpustakaanTiada1. Aksara: Simbol yang digunakan di dalam sistem memproses data seperti nombor, huruf, abjad, tanda baca atau ruang untuk tujuan mendapatkan kembali maklumat.,2. Bentuk dan gaya tulisan tangan.,3. Watak: Orang terkenal yang wujud dalam keadaan sebenar atau rekaan, sama ada di dalam opera atau karya kesusasteraan imaginatif terutama di dalam novel atau drama.
personagepembesar; orang;; watak (drama)SejarahTiadaPembesar: Orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan tergolong dalam golongan orang-orang yang ternama dan terkenal dalam masyarakat.
guest scriptwriterpenulis skrip tamuKomunikasiTiadaOrang yang terkenal sebagai pakar dalam bidang penulisan skrip yang dijemput oleh sesebuah organisasi penerbitan untuk menghasilkan projek penerbitan tertentu.
clerihewclerihew (puisi)KesusasteraanTiadaBentuk puisi ringan yang mengandungi dua kuplet yang tidak sama pada iramanya dan mengambil nama orang yang terkenal untuk membentuk salah satu daripada iramanya.
declarnatorpendeklamasiKesusasteraanPuisiOrang yang membaca atau mendeklamasikan sesebuah puisi di hadapan khalayak. Contohnya, sasterawan negara yang terkenal iaitu Usman Awang dan A. Samad Said.
power brokerbroker kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang berupaya rnempengaruhi keputusan politik atau pilihan raya dalam sesuatu kawasan melalui penguasaannya terhadap orang lain. Broker ini merupakan individu yang terkenal atau mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Pandangannya mudah diikuti oleh orang lain dan seterusnya boleh menentukan agihan kuasa politik dalam kawasannya. Calon yang bertanding dalam pilihan raya atau parti politik akan mengharapkan bantuan broker politik untuk rnemastikan kemenangan mereka. Contohnya, broker politik di Itali yang mempunyai hubungan dengan kumpulan Mafia.
bardbujanggaKesusasteraanPuisiOrang yang cukup dihormati dan disanjungi kerana kepandaiannya menggubah dan mencipta sama ada pantun, syair, gurindam dan juga sajak. Raja Ali Haji merupakan seorang bujangga/pujangga Melayu terkenal pada zaman kerajaan Melayu Riau.
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
al-mu‘allaqahal-mu‘allaqahKesusasteraanTiada

Puisi bertintakan emas yang digantung di dinding Kaabah pada zaman Jahiliah. Tujuh orang penyair al-mu‘allaqah yang terkenal ialah Imru’ al-Qays, Zuhayr ibn Abi Sulma, al-Nabighah al-Dhubyani, al-A‘sha, Lubayd ibn Abi Rabi‘ah, ‘Amr ibn Kulthum dan Tarafah ibn al-‘Abd. Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa jumlah penyair al-mu‘allaqah ialah 10 orang, ditambah tiga orang penyair, iaitu al-‘Absi, `Ubayy al-Abras, dan al-Harith ibn al-Hilizzah. Al-mu‘allaqah dikenali juga sebagai al-mudhahhabat.

123

Kembali ke atas