Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. orang yg sudah tua. b. ibu bapa. c. = ~ tua-tua orang yg dianggap tua dan berpengalaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang tua pandai menilik,
     Singgah bermalam di Kampung Cina;
Kalau asal buah yang baik,
     Mengkal masak manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Adat tua menahan ragam.

Bermaksud :

Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA?Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua.
Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Tatabahasa06.10.2012
mana yang betul; orang tua-tua/orang-orang tua1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Tatabahasa12.09.2007
ingin mengetahui perbezaan di antara:- Orang tua-tua dan orang-orang tua. terima kasih

Kata ganda yang betul ialah orang-orang tua (bukan orang tua-tua) merujuk kepada ramainya orang tua yang ada.

Tatabahasa31.10.2009
Antara 'orang-orang tua' dan 'orang tua-orang tua', manakah yang paling sesuai dan tepat penggunaannya. Terima kasih.Frasa yang betul ialah orang-orang tua.Tatabahasa13.07.2013
Rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua? Sila jelaskan.Yang betul ialah rumah orang-orang tua atau memadai dengan rumah orang tua.Tatabahasa03.01.2012
Frasa yang betul ialah "Rumah Orang-orang Tua". Jawapan ini diberi oleh Khidmat Nasihat DBP untuk soalan "Rumah Orang Tua-Tua" atau "Rumah Orang-orang Tua". Jika ...orang-orang tua... maka 'orang-orang' di sini bentuknya jamak? Namun, jika DBP ditanya, 'orang' atau 'orang-orang' untuk bentuk jamak, jawapannya 'orang' kerana 'orang-orang' hanya merujuk orang-orangan di sawah. Tidak bolehkah penggunaan sebenar diambil kira? Banyak orang menggunakan 'orang-orang' utk merujuk jamak. Kalau terlalu disempitkan penggunaannya, ini tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kalangan penutur.Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua, sama seperti Mesyuarat Menteri-menteri Besar. Saudara boleh menggunakan orang atau orang-orang bagi menandakan jamak. Malah korpus bahasa Melayu kerap ditemukan perkataan orang-orang bagi menandakan jamak. Walau bagaimanapun kecenderungan sesetengah penulis yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa tidak menggandakan perkataan kerana maksud tunggal atau jamaknya boleh dilihat pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa31.05.2012
1)Manakah antara berikut yang benar? rumah orang-orang tua, rumah orang tua-tua atau rumah orang tua sahaja. * Ramai rakan saya yang mengatakan "rumah orang-orang tua" sedangkan saya berpendapat orang-orang membawa maksud sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung di bendang. 2) Manakah ayat yang berikut benar? i) Mereka sedang menjalankan latihan kawat di padang. ii) Mereka sedang menjalani latihan kawat di padang. 3)

1. Frasa yang betul ialah rumah orang tua

2. Ayat yang betul ialah mereka sedang menjalani latihan kawad di padang. 

Istilah12.04.2009
Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Makna02.02.2017
Perbezaan antara orang-orang tua dengan orang tua

Puan Efarizan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

orang-orang tua bermaksud dalam sesuatu kumpulan itu, orangnya tua-tua semuanya. Boleh juga menunjukkan kata ganda bagi ramai orang tua - perkataan pertamanya yang digandakan. Manakala bagi perkataan orang tua - seseorang itu yang dibandingkan dari segi umurnya.

 

Makna07.03.2009
Yang mana betul, Rumah Orang-orang Tua atau Rumah Orang Tua-tua. Terima kasih.Yang betul ialah Rumah Orang-orang Tua.Tatabahasa11.09.2009
12345678910...

Kembali ke atas