Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.rén] | اورين

Definisi : (orén) 1. sj buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) drpd tumbuhan Citrus sinensis; 2. = air ~ air limau; 3. warna kuning kemerah-merahan, jingga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.rén] | اورين

Definisi : /orén/ 1 buah limau yg kulitnya berwarna kuning kemerah-merahan atau jingga, Citrus sinensis. 2 warna kuning kemerah-merahan; jingga. 3 = air ~ air perahan buah oren. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oren


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1a) memerah kelapa b) memerah santan 2a) memerah oren b) memerah jus oren 3a) pemerah oren b) pemerah jus oren. Terima kasih.

Jika merujuk perbuatan frasa yang betul ialah memerah kelapa dan memerah oren dan jika merujuk alat frasa yang betul ialah pemerah kelapa dan pemerah oren. Santan dan jus oren ialah hasil daripada perbuatan memerah kelapa dan memerah oren.

Tatabahasa05.09.2011
Puan Lili menghulurkan seplastik buah oren kepada Siti. Tuan, ada perkataan lain tak yang boleh saya guna untuk menggantikan perkataan seplastik?Buah oren boleh dibilang, lazimnya kita menyebut berdasarkan bilangan seperti satu biji buah oren atau dua biji buah oren. Jika buah tersebut dibungkus bolehlah digunakan satu bungkusan buah oren.Tatabahasa17.05.2012
Salam sejahtera. Soalan: Adakah berwarna jingga juga boleh disebut sebagai berwarna oren? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Makna20.04.2016
A)Mei Ling makan (buah) oren atau (buah) epal? B)Mei Ling makan (buah) oren atau epal? Ayat yang mana satu betul?Mei Ling makan buah oren atau epal?Tatabahasa03.05.2017
Antara dua ayat berikut, ayat manakah yang betul? 1. "Adakah oren buah-buahan tempatan atau luar negara?" 2. "Oren adalah buah-buahan tempatan atau luar negara?" Saya perlu tahu kerana ayat ini digunakan untuk buku aktiviti yang akan diberikan kepada budak-budak sekolah. Sekiranya salah apakah ayat yang betul untuk membawa maksud yang sama seperti diatas? Harap pihak tuan dapat memberi maklum balas segerea. Terima kasih. :)

Ayat yang betul ialah  “Adakah oren buah-buahan tempatan atau luar negara?"

Tatabahasa09.09.2021
kek berperisa oren -- adakalah ini betul? suatu lembaga -- adakah ini betul? Jawapannya ialah kek berperisa oren, dan suatu lembaga (untuk benda yang abstrak). Tatabahasa03.08.2009
Assalamualaikum, Ada pendapat mengatakan 'oren' bukanlah satu istilah/nama bagi warna. Apa pendapat tuan? Katanya nama bagi oren yang tepat ialah 'jingga'. Tepatkan pendapat itu? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, (orén) 1. sj buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) drpd tumbuhan Citrus sinensis; 2. = air ~ air limau; 3. warna kuning kemerah-merahan, jingga.Istilah05.06.2010
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih.Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah

1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali
2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren
Tatabahasa08.07.2020
1-Boleh atau tidak mengunakan partikel -kah dipertengahan ayat ? Meja siapakah itu? Buku siapakah ini? 2-Warna jingga boleh dijelaskan sebagai warna oren atau perlu dijelaskan sebagai kuning kemerah-merahan.1. Partikel -kah boleh digunakan  di pertengahan ayat. Sila rujuk halaman 447, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Tatabahasa12.10.2016
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih.

"Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya.
Tatabahasa27.11.2022
12

Kembali ke atas