Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.gan] | اورݢن

Definisi : 1. alat dlm tubuh (manusia, binatang, tum­buhan) yg mempunyai tugas yg penting; 2. institusi (badan dsb) yg melaksanakan se­suatu bidang tugas dan tanggungjawab: tiga ~ asas negara – eksekutif, legislatif dan ke­ha­kim­an menjalankan tugas secara ber­asingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.gan] | اورݢن

Definisi : IB majalah atau akhbar sesebuah parti politik dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.gan] | اورݢن

Definisi : alat muzik yg mempunyai papan nada yg memerlukan kuasa elektronik utk meng­hasilkan bunyi; ~ elektrik organ yg bunyi­nya diubah suai secara elektronik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.gan] | اورݢن

Definisi : 1 bahagian tubuh (manusia atau haiwan) yg mempunyai tugas-tugas tertentu. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan yg mempunyai tugas-tugas tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[or.gan] | اورݢن

Definisi : alat muzik yg seakan-akan piano tetapi menggunakan tekanan angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata organ


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
offalofalVeterinarTiadaSemua organ dalaman dan lemak yang terdapat dalam rongga toraks dan abdomen meliputi organ-organ pernafasan, pencernaan, pembiakan dan perkumuhan. Organ-organ ini bersama-sama kepala, kaki dan kulit tidak diambil kira dalam karkas bersih. Kebanyakan penduduk di negara Barat tidak memakan ofal, sebaliknya digunakan untuk membuat makanan ternakan.
Corti’s organ/organ of Cortiorgan CortiBiologiHistologi dan SitologiOrgan pendengaran yang terdapat pada bahagian dalam membran basilaris telinga. organon spirale; organ pilin.
cytotherapysitoterapiPerubatanTiada1. Penggunaan organ-organ haiwan atau sediaan daripada organ tersebut dalam terapi.,2. Penggunaan serum sitolisis atau sitotoksik dalam rawatan penyakit.
sensationpenderiaanBiologiFisiologiGerak balas yang ditunjukkan atau dirasakan oleh organ deria atau organ-organ lain akibat sesuatu pengalaman atau rangsangan luar.
appositionaposisiPerubatanTiada1. Keadaan organ-organ atau bahagian yang bersebelahan atau di sisi organ atau bahagian lain.
digestive enzymeenzim saluran pencernaanVeterinarTiadaEnzim endogen yang dihasilkan oleh kelenjar pada organ-organ tertentu dalam sistem pencernaan haiwan. Contohnya, enzim amilase dari kelenjar liur yang bertindak balas terhadap kanji, pepsin dari dinding perut yang bertindak balas terhadap protein dan lipase dari dinding usus yang bertindak balas terhadap lemak dan lipid. Terdapat juga enzim-enzim pencernaan yang dikeluarkan oleh organ-organ aksesori seperti kimotripsin dari pankreas dan hempedu dari hepar. Enzim-enzim ini mempunyai sifat khusus dari segi aktivitinya dan bertindak terhadap sesuatu sebatian untuk menghasilkan unit-unit terkecil nutrien supaya mudah diserap.
homologous organsorgan homologBiologiEkologiOrgan yang dari segi evolusi dan morfologinya serupa, tetapi fungsi dan rupa organ-organ berkenaan mungkin serupa atau berbeza. Misalnya, kepak burung dan sirip pektoral ikan.
adnexitisadneksitisPerubatanTiadaRadang pada organ-organ aksesori uterus, umumnya ovari dan salur uterus
alvusalvusPerubatanTiadaAbdomen serta organ-organ yang terkandung di dalam rongganya
proptosisproptosisPerubatanTiadaGanjakan ke bawah organ-organ seperti uterus atau mata seperti dalam eksoftalmos.
12345678910...

Kembali ke atas