Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata organ penglihatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eyemataPerubatanTiadaOrgan penglihatan.
eyemataBiologiHistologi dan SitologiOrgan penglihatan. Kebanyakan haiwan mempunyai mata, sama ada yang berbentuk ringkas atau kompleks. Mata manusia terletak di dalam lesung tengkorak dan dilindungi lapisan sklera. Di hadapan bola mata terdapat kornea yang lut sinar yang membolehkan cahaya masuk ke dalam mata. Cahaya yang masuk akan dibiaskan oleh kornea dan difokuskan oleh kanta ke atas retina untuk merangsang sel rod dan sel kon. Sel-sel ini membentuk impuls yang kemudian dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan.
eyeballbola mataBiologiHistologi dan SitologiOrgan penglihatan yang seakan-akan terdiri daripada sklera, kornea dan lain-lain, yang terletak di dalam soket dan ditutup oleh kelopak mata. biji mata.
asthenopiaastenopiaPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku apabila organ penglihatan menjadi lemah dan cepat penat. Keadaan ini ditandai dengan rasa sakit pada mata, pening dan kekaburan penglihatan.
conekonBiologiHistologi dan Sitologi1. Sel berbentuk seperti kon yang terdapat pada retina dan fungsinya berkait dengan penglihatan. 2. Organ pembiakan pada paku-pakis atau gimnosperma. strobilus.
sensorykederiaanPerubatanTiadaPerihal fungsi tubuh yang berkaitan dengan organ deria seperti saluran kederiaan dan saraf kederiaan yang merangkumi deria rasa, deria sentuh, deria penglihatan, deria pendengaran, dan deria bau. Organ deria ini berfungsi untuk menghantar maklumat daripada reseptor ke seluruh tubuh ke arah korda spina dan otak.
sensory impairmentskecacatan deriaPendidikanTiada

 Kecacatan organ deria seperti penglihatan dan pendengaran yang menyebabkan masalah dalam pembelajaran.

hypertensive crisiskrisis hipertensiPerubatanTiadaKeadaan apabila tekanan darah seseorang menjadi terlampau tinggi, iaitu tekanan diastolik melebihi 120 mmHg. Pesakit boleh mengalami gejala seperti sakit kepala, muntah, sakit dada, sawan dan gangguan penglihatan. Apabila keadaan ini terjadi, pesakit perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi menurunkan tekanan darah. Tanpa rawatan, keadaan ini akan mengakibatkan gangguan yang serius pada organ lain seperti jantung, otak, ginjal dan mata.
sulfonamide poisoningkeracunan sulfonamidaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan sulfonamida, iaitu satu daripada kumpulan besar ubat sintetik yang berkesan untuk merawat jangkitan, contohnya sulfamethizole, sulfapiridine dan sulfisoxazole. Tanda utama keracunan ialah hematuria. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyuntikan menyebabkan kerengsaan gastrousus, letusan kulit eritematus makulopapular, demam, gangguan mental dan penglihatan, tindak balas pemekaan, urtikaria, hematuria, sakit semasa kencing, oliguria atau anuria dengan azotemia, agranulositosis, anemia hemolitik, trolllbositopenia, purpura, penyuntikan konjunktiva, lubang bula kulit, petekia, demam kuning, dan peningkatan eritema atau kecederaan dari cahaya matahari yang bermula beberapa hari atau beberapa minggu selepas memulakan terapi. Keracunan kronik menyebabkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Penemuan patologi ialah endapan berhablur dalam tubul buah pinggang, kaliks, dan ureter. Dalam kes kematian, lubang nekrotik atau lubang radang mungkin ditemui dalam hati , jantung, buah pinggang, sumsum tulang atau organ lain. Kepekatan toksik dalam darah ialah 0.1 mg/mL.

Kembali ke atas