Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.nik] | اورݢانيک

Definisi : ; bahan ~ a) bkn bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) bkn tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn se­batian karbon; penyakit ~ penyakit yg me­libatkan perubahan struktur tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.nik] | اورݢانيک

Definisi : bahan yg di dlmnya terdapat unsur karbon: kimia ~ (ilmu) kimia me­ngenai bahan-bahan yg di dlmnya terdapat unsur karbon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata organik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik.
kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon);

Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) berkenaan  bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan  tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;

 organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;
 kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn se­batian karbon;
penyakit ~ penyakit yg me­libatkan perubahan struktur tubuh.

Makanan organik = makanan yang terhasil daripada  proses organik.
Tatabahasa06.12.2012
Organik - Naturally organic productOrganik - keluaran organik semulajadi Bahan @ proses yang ada kaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Lain-lain09.03.2007
Maaf, saya ingin bertanya apakah perkataan seerti bagi organik? Terima kasih.Perkataan organik bermaksud bahan, proses, dan lain-lain yang ada kaitan dengan (sumber) haiwan atau tumbuh­an. Tiada perkataan seerti bagi organik.

Lain-lain08.09.2020
Assalamualaikum tuan. Antara ayat di bawah, yang mana satu betul. 1) Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar. Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemari alam sekitar. *Patut guna mencemarkan atau mencemari alam sekitar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar."Tatabahasa30.12.2019
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik?Salam sejahtera,

Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat.

Terima kasih.
Makna04.01.2018
Mohon pihak tuan semak samada terdapat kesalahan ejaan atau tidak bagi papan tanda ini. Terutama pada ejaan Organic "Organik"Untuk makluman ejaan  bahasa Melayu yang betul untuk "Organic" ialah Organik. Sila lihat lampiran dan buat pembetulan.Lain-lain07.03.2013
saya ingin mengesahkan terjemahan seperti dibawah adalah betul? kalau salah, mohon utarakan terjemahan yang betul. Organic Baked Beans in Tomato sauce = Kacang Panggang dalam Sos Tomato organik. Terima Kasih.Cadangan terjemahan yang betul ialah Kacang Panggang Organik dalam Sos TomatoPenyemakan dan penterjemahan20.07.2022
Saya ingin mendapat khidmat nasihat untuk menterjemahkan tajuk “vegan and organic shop” ke Bahasa Melayu. Setahu saya tidak ada perkataan ‘vegan’ dalam Bahasa Melayu. Bolehkah saya gunakan ‘Kedai vegan dan organik”. Mohon nasihat tuan. Terima kasih.Cadangan kami, Kedai Produk Sayur-sayuran dan Organik. Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain31.05.2019
Apakah terjemahan terbaik untuk istilah natural farming? Hal ini kerana istilah pertanian organik tidak berapa tepat. Adakah sesuai diterjemahkan sebagai pertanian alami?Istilah  natural farming masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan natural farming ialah perladangan, pertanian atau penternakan semula jadi mengikut kesesuaian konteks ayat yang ingin digunakan.Makna13.05.2019
Saya ingin tahu istilah 'catechin' (Bahasa Inggeris) dalam Bahasa Melayu. Catechin merupakan bahan organik dalam tumbuhan. Saya ingin tahu istilahnya yang tepat dalam Bahasa Melayu.Adakah KATECIN atau KATEKIN atau bagaimana? TERIMA KASIH.Istilah catechin dalam bahasa Melayu ialah katekin.Istilah29.05.2008
12

Kembali ke atas