Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.nik] | اورݢانيک

Definisi : ; bahan ~ a) bkn bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) bkn tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn se­batian karbon; penyakit ~ penyakit yg me­libatkan perubahan struktur tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.nik] | اورݢانيک

Definisi : bahan yg di dlmnya terdapat unsur karbon: kimia ~ (ilmu) kimia me­ngenai bahan-bahan yg di dlmnya terdapat unsur karbon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata organik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIMIA ORGANIK

Kimia organik ialah kajian tentang sebatian

yang mengandungi atom karbon. Atom karbon

adalah luar biasa kerana ia boleh membentuk

ikatan kimia dalam banyak cara yang berbeza,

dengan lain-lain atom karbon dan dengan lain-lain

unsur kimia. Hasilnya, banyak jenis sebatian yang

mengandungi karbon boleh wujud. Ahli sains telah

mengenal pasti beberapa juta sebatian organik.

UMUM 
PERTANIAN ORGANIK

Pertanian organik lihat Pertanian (Kaedah

menanam khusus).

UMUM 
KIMIA TAK ORGANIK

Kimia tak organik lihat Kimia.

UMUM 
LULUHAWA ORGANIK

Luluh hawa organik ialah proses pemecahan batuan dan mineral melalui tindakan manusia, tumbuhan, haiwan, dan bakteria.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
WOODWARDS, ROBERT BURNSAhli kimia organik Amerika Syarikat yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1965 kerana sumbangannya dalam bidang kimia organik sintetik.KIMIATokoh
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
LIEBIG, BARON VON

Liebig, Baron von (1803–1873), membantu

mengasaskan kimia organik, iaitu kajian

tentang sebatian yang mengandungi karbon.

Dia membuat banyak penemuan dalam bidang

ini dan memperbaik kaedah analisis organik.

UMUM 
NITRIT

Nitrit ialah sebahagian anion nitrit (NO 2 –) dan

sesetengah unsur lain. Anion ialah ion bercas

negatif. Nitrit tak organik adalah stabil dan larut

dalam air. Kebanyakan nitrit organik dibuat

daripada alkohol. Ia adalah tidak stabil apabila

berada dalam asid, tetapi ia berada dengan stabil

dalam larutan neutral dan beralkali lemah.

UMUM 
NITRAT

Nitrat ialah mana-mana jenis sebatian yang

mengandungi ion nitrat tak organik (NO 3 –).

Hidrogen nitrat (HNO 3 ) biasanya lebih dikenali

sebagai asid nitrik . Hampir semua logam

membentuk garam nitrat apabila bergabung

dengan asid nitrik. Dua garam nitrat yang penting

kalium nitrat (KNO 3 ) dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ),

digunakan sebagai baja untuk menambah lagi

nitrogen dalam tanah. Bakteria tertentu dalam tanah

membentuk nitrat daripada sebatian organik yang

mengandungi nitrogen. Tumbuh-tumbuhan

menggunakan nitrat ini untuk membuat protein.

Nitrat juga adalah penting dalam pembuatan bahan

letupan, mercun, ubat jantung dan filem fotografi.

Nitrat dimakan setiap hari, terutamanya daripada

sumber sayur-sayuran. Walau bagaimanapun,

pengambilan banyak nitrat boleh menyebabkan

penghasilan bahan toksik dalam badan. Lihat juga

Asid nitrik; Kitar nitrogen.

UMUM 
FORMASI MACINCANGTinggalan daripada jasad organik organisma atau kelongsong jasadnya yang telah mengeras dan terawet secara semula jadi dalam batuan di kerak bumi. Fosil berasal daripada perkataan Latin fossilis, yang bererti suatu benda yang diperoleh daripada penggalian lubang.... Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
12345

Kembali ke atas