Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.nis.ma] | اورݢانيسما

Definisi : organisma haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yg berupaya menjalani proses kehidupan spt bernafas, makan, membesar, dan membiak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.nis.ma] | اورݢانيسما

Definisi : ist benda-benda hidup, iaitu haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
organisma (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan benda hidup, hidupan, haiwan, binatang, tumbuh-tumbuhan, sel.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kehadiran partikel ini bukan calang-calang berbahaya kepada semua organisma di bumi ini. (tuan, adakah ayat ini gramatis? tq)Ayat yang betul ialah 'Kehadiran partikel ini sangat berbahaya kepada semua organisma di bumi ini.'Tatabahasa15.08.2011
Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISMEOraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma.Makna11.08.2009
memanfaatkan atau memberikan manfaat?

Memanfaatkan bermaksud menjadikan bermanfaat, untuk melihat perbezaan penggunaan perkataan yang tersebut sila lihat contoh ayat ini: ... tidaklah sukar untuk memanfaatkan alat-alat ini untuk kajian saintifik dan hubungan antara dua organisma yang memberikan manfaat kepada satu organisma.

Tatabahasa24.06.2011
Saya memerlukan serba sedikit maklumat mengenai Morfologi.Morfologi ialah i. Kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. ii. cabang biologi yang berkaitan dengan bentuk dan sruktur organisma. iii. kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu.Makna16.08.2006
Salam, Maaf kerana masih mengganggu dengan terjemahan untuk racun makhluk perosak, saya sedang menterjemah nama-nama racun perosak untuk Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Ada lebih kurang 2000 racun perosak kimia dan mikro-organisma yang perlu diterjemah. Soalan saya kali ini ialah apakah terjemahan untuk : Bacillus thuringiensis isolates for control of the Plutella group of Lepidoptera. Sekian.Bacillus thuringiensis isolates for control of the Plutella group of Lepidoptera, gabungan nama kimia dan kata umum. Cadangan kami, frasa tersebut diterjemahkan kepada Basilus Turinginsis diasingkan untuk mengawal Plutela Kumpulan
Lepidoptera.
Penyemakan dan penterjemahan19.03.2015
Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan permakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok yang lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar. Ia juga akan menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda.

Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan pemakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar serta menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.
Tatabahasa14.10.2013
Salam, dalam bahasa Melayu, perkataan "-isme" atau "-isma" yang betul?Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma.Tatabahasa09.04.2012
Ejaan perkataan metabolisme/metabolisme: 1. Pada bahagian khidmat nasihat, terdapat jawapan: Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma. 2. Tetapi pada bahgian kamus, hanya perkataan metabolisme yang mempunyai definisi dan bulan metabolisma. Mohon pencerahan.Terdapat kekeliruan maklumat dalam domain kamus DBP, maklumat berkenaan yang betul boleh diperoleh melalui carian metabolisma dan pilih domain Istilah Bahasa Melayu, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=metabolisma&d=28648&#LIHATSINI. 
 
Istilah16.06.2020
Apakah perbezaan penggunaan -isme dan -isma. Contoh: mekanisma dan saintisme. Terima kasih.Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma.Ejaan18.05.2012
Kamus Dewan Edisi Keempat mengeja terjemahan perkataan "mechanism" sebagai "mekanisme". Walau bagaimanapun, saya diberitahu oleh seorang pegawai DBP bahawa ejaan tersebut adalah salah. Ejaan yang betul ialah "mekanisma". Saya mohon pengesahan tentang perkara ini. Jika dibandingkan dengan terjemahan perkataan "organism" sebagai "organisma", "mekanisma" adalah betul.Isme ialah akhiran asing yang membawa maksud kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan seperti nasionalisme. Berdasarkan maksud yang tersebut ejaan yang betul ialah mekanisma. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Lain-lain18.10.2010
12

Kembali ke atas