Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.nis.ma] | اورݢانيسما

Definisi : organisma haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yg berupaya menjalani proses kehidupan spt bernafas, makan, membesar, dan membiak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.nis.ma] | اورݢانيسما

Definisi : ist benda-benda hidup, iaitu haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
organisma (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan benda hidup, hidupan, haiwan, binatang, tumbuh-tumbuhan, sel.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROTIS

Protis ialah nama sekumpulan organisma, yang

kebanyakannya adalah organisma mikroskopik.

Kumpulan ini terutamanya terdiri daripada

organisma satu sel seperti diatom, protozoa dan

alga tertentu. Protis membentuk Protista, satu

daripada lima alam biologi organisma hidup. Alam-

alam lain ialah Monera (moneran), kulat (kulat),

Plantae (tumbuh-tumbuhan) dan Animalia (haiwan).

UMUM 
MIKROBIOLOGI

Mikrobiologi ialah kajian tentang organisma

mikroskopik. Organisma ini ada kalanya dikenali

mikrob . Ia terdiri daripada alga, bakteria, kulapuk,

protozoa, virus dan yis. Ahli mikrobiologi juga

mengkaji zarah berjangkit yang seni seperti prion,

viroid dan juga plasmid.

UMUM 
RANTAIAN MAKANANUrutan pemindahan bahan dan tenaga daripada satu organisma kepada satu organisma lain dalam bentuk makanan. Gabungan rantaian makanan yang berlaku apabila organisma memakan lebih daripada satu jenis haiwan atau tumbuhan disebut sebagai siratan makanan (food web).GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
MONERAN

Moneran ialah sekumpulan organisma satu sel

yang primitif. Kumpulan ini terdiri daripada

bakteria dan alga hijau. Organisma ini hidup

bersendirian atau berkumpulan yang dikenali

sebagai koloni. Organisma individu hanya boleh

dilihat dengan mikroskop, tetapi sesetengah

koloni boleh dilihat dengan mata kasar.

UMUM 
KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetik ialah istilah yang

digunakan kepada teknik mengubah gen (bahan

keturunan) atau gabungan gen dalam organisma.

Sel bagi semua organisma hidupan mengandungi

gen. Gen membawa maklumat kimia yang

menentukan ciri-ciri organisma. Dengan

mengubah gen organisma, ahli sains dapat

memberikan organisma dan keturunannya sifat-sifat

yang berbeza.

UMUM 
ALGA

Alga ialah organisma ringkas yang hidup dalam

laut, tasik, sungai, kolam, dan tanah lembap.

Organisma tunggal daripada jenis ini dikenali

sebagai alga.

UMUM 
PARASIT

Parasit ialah organisma yang memakan dan hidup

pada organisma hidup yang lain, dikenali sebagai

perumah.

UMUM 
ALAM

Alam ialah unit klasifikasi biologi paling besar.

Semua organisma hidup tergolong dalam satu

alam, tetapi tiada organisma yang tergolong dalam

lebih daripada satu alam.

UMUM 
PARAMESIUM

Paramesium ialah organisma kecil bersel satu

yang hampir tidak dapat dilihat tanpa mikroskop.

Jenis organisma ini dinamakan protozoa. Paramesium

hidup di kolam dan anak sungai yang mengalir

perlahan.

UMUM 
PALEONTOLOGI

Paleontologi ialah kajian secara saintifik tentang

haiwan, tumbuhan dan organisma lain yang hidup

pada zaman prasejarah – yakni lebih 5500 tahun

dahulu. Tinggalan fosil organisma terdapat pada

batuan enapan (batuan yang terbentuk oleh bahan

mineral yang mendak dari udara, ais atau air).

Organisma yang kini sudah menjadi fosil hidup ketika

batuan itu sedang terbentuk. Organisma ini terbentuk

dan terawet semasa lapisan batuan itu bertindih-

tindih.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas