Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.nis.ma] | اورݢانيسما

Definisi : organisma haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yg berupaya menjalani proses kehidupan spt bernafas, makan, membesar, dan membiak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.nis.ma] | اورݢانيسما

Definisi : ist benda-benda hidup, iaitu haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
organisma (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan benda hidup, hidupan, haiwan, binatang, tumbuh-tumbuhan, sel.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antagonismpenentangan/antagonismeGeologiTiadaPerkaitan yang wujud antara dua organisma yang salah satu daripadanya atau kedua-duanya mendatangkan mudarat kepada organisma yang satu lagi atau kepada satu sama lain, biasanya akibat cubaan organisma atau organisma-organisma tersebut untuk menempati niche ekologi yang sama.
actinomycetinaktinomisetinKimiaTiadaBahan lisis yang diperolehi dari Actinomyces, yang memusnahkan beberapa organisma-organisma gram positif dan negatif.
phoresyforesiBiologiEkologiPenyerakan satu kumpulan organisma oleh organisma perumah, misalnya tungau dan organisma lain bergerak dengan kumbang bangkai dan kumbang najis lain, dengan kumbang sebagai agen pengangkutan untuk seluruh komuniti.
mimicrykemimikanBiologiEkologiKeserupaan sesuatu organisma dengan organisma atau objek lain dalam sekitaran. Kemimikan bertujuan untuk menipu pemangsa atau mangsa, atau untuk melindungi diri.
pure culturekultur tulenKejuruteraanTiada1. Kultur yang mengandungi sekumpulan organisma yang sama jenis tanpa organisma yang lain. 2. Kultur yang mengandung baka satu organisma sahaja tanpa organisma yang lain.
geographical isolationpemencilan geografiBiologiEkologiPengasingan sesuatu organisma daripada organisma lain di sesuatu kawasan disebabkan oleh bentuk muka bumi, seperti gunung-ganang dan pulau.
ecological isolationpemencilan ekologiKejuruteraanTiadaPemisahan satu kumpulan organisma daripada organisma berkaitan yang lain supaya pengacukan tidak berlaku.
parasiteparasitBiologiPatologiOrganisma yang sebahagian atau seluruh hidupnya memperoleh makanan berupa karbon organik daripada organisma hidup yang lain. Hasil persekutuan ini organisma lain tersebut menderita sedangkan parasit tidak bermanfaat kepada organisma yang diparasitnya. Persekutuan kedua-kedua organisma tersebut lebih merupakan hubungan langsung yang melibatkan pengambilan makanan sahaja. bd. patogen.
energy flowpengaliran tenagaBiologiEkologiPemindahan tenaga daripada satu organisma kepada organisma lain, dalam sesuatu ekosistem, melalui rantai makanan. Misalnya, pengaliran tenaga daripada matahari kepada tumbuhan hijau hingga kepada siput air, kemudian kepada ikan, dan seterusnya kepada manusia, dalam rantai makanan ekosistem kolam.
social behaviourlakuan sosialBiologiEkologiLakuan organisma terhadap kehadiran organisma lain. Lakuan sosial ditunjukkan oleh kebanyakan peringkat haiwan. Organisma multisel memaparkan lakuan sosial semasa mengawan. Misalnya, burung merak betina menunjukkan lakuan seks sebelum mengawan.
12345678910...

Kembali ke atas