Manakah yang betul? 1. otak cair 2. cair otak Merujukkan kamus dewan edisi keempat, cair otak digunakan. | Berdasarkan kelaziman bentuk yang ada, frasa "otak cair" yang lebih tepat, contoh lain seperti "otak beku" dan "muka tembuk". | Tatabahasa | 28.04.2013 |
Apakah penjodoh bilangan untuk otak? ada yang menyatakan otak tidak ada penjodoh bilangan dan ada yang menyatakan penjodoh bilingan untuk otak adalah seketul.... | Untuk makluman tuan, tiada penjodoh bilangan untuk otak. | Lain-lain | 05.04.2018 |
Saya ada kemuskilan mengenai penggunaan simpulan bahasa otak cair.Bolehkah otak cair digunakan untuk kata ganti nama pertama.contoh ayat saya otak cair? Terima kasih | Penggunaan simpulan bahasa bukanlah secara leluasa. Dalam ayat penyata, penggunaan kata lazim lebih sesuai bagi menjelaskan maksud ayat, contohnya Saya pandai, bukan Saya otak cair. Simpulan bahasa mungkin sesuai digunakan dalam esei bagi mewujudkan variasi dalam pemilihan kata dan binaan ayat. | Tatabahasa | 11.08.2015 |
Otak budak itu "cerah" dan pintar dalam pelajaran. adakah perkataan cerah sesuai digunakan dalam ayat ini? | Mengikut Kamus Dewan, kata “cerah” mempunyai makna kiasan untuk berakal, cerdik, contoh ayat: Mujurlah Abang Mat cerah sikit. | Makna | 15.04.2014 |
otak yang cerah membolehkannya menjawab soalan dengan tenang. (Munsyi, adakah cerah sesuai digunakan dalam ayat ini? TK banyak) | Penggunaan perkataan cerah sesuai digunakan. Menurut Kamus Dewan, cerah merupakan kata kiasan yang bermaksud berakal dan cerdik. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cerah. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Zulkarami Ibn Hj Rameli SAB 8.57 PTG Salam admin..boleh saya tahu maksud "belit-belit otak"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada perkataan "belit otak" yang ditemukan ialah "putar otak" memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah). dalam Khidmat Nasihat DBP terdapat perkataan belit-belit akal (daripada brain teaser ) yang membawa maksud masalah yang rumit ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya). | Makna | 13.06.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa cadangan terjemahan untuk istilah "brain hypofrontality" ya? Terima kasih. | Cadangan padanan bagi terjemahan istilah brain hypofrontality ialah hipofrontaliti otak atau hipofrontal otak. | Istilah | 18.02.2021 |
Apakah yang dimaksudkan dengan otak cair dan kecairan maklumat? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik. | Makna | 26.04.2012 |
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. adalah petikan di atas menunjukkan peribahasa otak cair? atau tajam akal atau peribahasa lain yang sesuai? terima kasih. selamat berpuasa | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik. Manakala tajam akal pula ialah cerdik; pandai. Berdasarkan takrifan tersebut, peribahasa yang sesuai ialah otak cair. | Tatabahasa | 23.07.2014 |