Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.ta/] | اوتق

Definisi : 1. organ di bahagian atas kepala, yg me­ngawal pemikiran (perasaan), benak; 2. alat berfikir, fikiran: terlintas di ~ku keja­dian-kejadian ngeri itu; ~ ayam bodoh; ~ minyak pandai; ~ telur bodoh; ~ udang bodoh; kepala ~ bk sj ma­kian; kerja ~ kerja yg menggunakan fikiran; picik ~ sempit fikiran; ~ batu kepala sl kepala (dlm percakapan dgn raja dll); ~ telur, bukan ~ minyak prb perihal seorang yg bodoh; berotak 1. mempunyai fikiran, berakal, ber­fikiran: ia seorang yg ~; tidak ~ tidak ber­fikiran (berakal); 2. mempunyai otak: ~ geli­ga; ~ udang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.ta/] | اوتق

Definisi : ; otak-otakan Jk suka berbuat yg bukan-bukan (supaya dikatakan berani dll), mengada-ngada, sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.ta/] | اوتق

Definisi : ; ~ udang 1. sj tumbuhan (pokok), katak udang, pauh pipit, Buchanania lucida; 2. sj tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal, medang melukut, serapuh bukit, Norrisia malaccensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.ta/] | اوتق

Definisi : 1 benda putih dan lembut dlm tengkorak yg menjadi pusat saraf; kumpulan saraf yg menjadi isi teng­korak. 2 daya berfikir; akal; fikiran: Orang itu sudah tidak siuman lagi ~nya. ~ cair cepat menangkap pelajaran dsb yg diajarkan; cerdik. ~ kering tidak berapa siuman; hampir-hampir gila. ~ udang bodoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[o.ta/] | اوتق

Definisi : ; otak-otak lauk yg dibuat drpd ikan dll yg dibubuhi rempah, dibung­kus dgn daun pisang dan dipanggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
otak (kata nama)
Bersinonim dengan fikiran, akal, benak, minda;,
Kata Terbitan : berotak,

Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
otakbrainOrgan di bahagian dalam kepala yang mengawal pemikiran. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata. Lihat RajahMenengah Rendah
hipotalamushypothalamusBahagian posterior otak depan yang terletak di bawah bahagian talamus. Ia mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran dalam. Lihat RajahMenengah Atas
medula oblongatamedulla oblongataBahagian belakang otak vertebrata yang terletak di antara pons dengan saraf tunjang. Lihat RajahMenengah Atas
saraf auditoriauditory nerveSaraf yang membawa impuls dari koklea ke otak. Saraf auditori menghantar maklumat yang berkaitan bunyi dan keseimbangan badan. Lihat RajahMenengah Rendah
saraf optikoptic nerveSaraf dalam mata yang berfungsi untuk menghantar maklumat dari reseptor yang berada di retina ke otak.Menengah Rendah
kwasyiorkorkwashiorkorPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam makanan. Antara gejala penyakit ini ialah abdomen membengkak, pertumbuhan yang terbantut dan kecacatan perkembangan otak. Lihat RajahMenengah Rendah
kokleacochleaLingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak.Menengah Rendah

Kembali ke atas