Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.tot] | اوتوت

Definisi : (berkas) tisu yg terdiri drpd berkas sel-sel memanjang yg boleh ditegangkan dan diken­durkan utk menghasilkan pergerakan pd organ atau bahagian; ~ jalur = ~ kawal (Bio) otot di bawah kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd gentian otot yg jalur-jalur melintangnya kelihatan melalui mikroskop, mis otot pd tulang rangka; ~ jan­tung (Bio) otot jalur yg terdapat pd jantung, yg di luar kawalan otak; ~ licin (Bio) otot di luar kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd sel berbentuk gelendong dan tanpa jalur melin­tang yg ketara, mis otot dinding usus; berotot mempunyai otot: tangan yg ~; mengotot keras (tegar) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.tot] | اوتوت

Definisi : 1 gumpalan tisu tubuh yg ter­dapat pd bahagian tubuh yg ber­isi. 2 gumpalan tisu tubuh yg dpt ditegangkan dan dikendurkan utk menghasilkan gerakan. ~ lunjur otot yg melunjurkan anggota tubuh. ~ tarik otot yg menarik atau yg membeng­kokkan anggota tubuh. ~ voluntari otot yg dpt dikawal oleh kemahuan atau akal. berotot mempunyai otot (yg terbina dgn baik): Betisnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata otot


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
otot antagonistikantagonistic musclePasangan otot yang bertindak berlawanan, iaitu satu otot mengecut dan satu lagi otot mengendur. Contohnya, biseps dan triseps di lengan.Menengah Atas
sistem autonomikautonomic systemSistem saraf yang mengawal atur aktiviti otot kardium, otot licin dan kelenjar. Sistem saraf ini terdiri daripada saraf simpatetik, sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf enterik.Menengah Atas
otot interkostaintercostal muscleOtot di antara dua tulang rusuk yang membantu mekanisme penafasan. Pengecutan dan pengenduran otot ini akan mengubah tekanan dan isi padu dalam rongga toraks.Menengah Rendah
ototmuscleOrgan atau tisu berserabut yang selnya dapat mengecut, dan mempunyai fungsi pergerakan. Lihat RajahSekolah Rendah
efektoreffectorOtot atau tisu yang membolehkan haiwan bertindak sewajarnya terhadap sesuatu rangsangan.Menengah Atas
bisepsbicepsOtot rangka pada bahagian atas lengan. Lihat RajahMenengah Atas
gerak balasresponseAktiviti fisiologi, otot dan tingkah laku terhadap sesuatu rangsangan.Menengah Rendah
degupan jantungheartbeatRentak pengecutan otot ventrikel kiri jantung yang dapat dirasai oleh arteri.Menengah Rendah
nodus atrioventrikelAV nodeGentian otot kardiak yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel jantung.Menengah Atas
diafragmadiaphragmTisu yang terdiri daripada otot yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas