Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.zon] | اوزون

Definisi : (Kim) bentuk gas oksigen dgn tiga atom oksigen dlm satu molekul; lapisan ~ lapisan atmosfera yg tinggi kandungan ozonnya dan bertindak sbg perisai terhadap sinar ultralem­bayung matahari yg memudaratkan kehidup­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.zon] | اوزون

Definisi : ist gas tidak berwarna, iaitu satu bentuk oksigen yg terdiri drpd tiga atom oksigen dlm satu mole­kul. lapisan ~ lapisan atmosfera yg tinggi kandungan ozonnya dan ber­tin­dak sbg perisai terhadap sinar ul­traungu matahari, sinar ini memudaratkan ke­hidupan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ozon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan tentang cakap pindah tukar kepada cakap ajuk Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. Jawaban:“Ketahuilah bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,” kata guru itu. Kenapa saya tidak boleh menulis 'dunia pada hari itu semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,' kata guru ini

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa-apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh:

   Cakap ajuk:  "Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah: Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.

Cakap pindah yang boleh digunakan bagi cakap ajuk seperti pertanyaan puan ialah Guru menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon
Tatabahasa08.01.2021
Dalam penulisan kreatif, adakah penggunaan "-nya" untuk merujuk kepada benda berbanding manusia dianggap tidak salah dalam bahasa Melayu?

-nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia.  Selain itu, -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda.

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
  2.     Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

Kata  pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lajunya ialah 100 km sejam.
  2.     Datangnya secara mendadak.

Oleh yang demikian, penggunaan -nya tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada benda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 103 - 104 dan 295 - 296.

Tatabahasa20.09.2023
Salam sejahtera. Pertanyaan saya berkaitan tentang penggunaan "nya". Adakah penggunaan nya boleh untuk merujuk kepada haiwan? Sebagai contoh ayat berikut; "Gigi ketam berada di dalam perutnya." Sekiranya tidak boleh digunakan, apakah ayat yang sesuai? Soalan kedua ialah bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "nya". Boleh berikan contoh penggunaan ayat. Sekian, Terima kasih.
  1. Penggunaan -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia. Ayat yang lebih tepat ialah Gigi ketam berada di dalam perut.
  2. Contoh ayat yang menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya ialah, Mimi mengundang Ai Ling dan Kencana datang ke rumahnya.
    Selain sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, perkataan -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda. Contoh ayat seperti yang berikut:
    Kata penekan – Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
    Kata pembenda – Lajunya ialah 100 km sejam.

 Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut.

Tatabahasa26.07.2021
Bagaimana mahu membezakan kata pembenda dengan kata penekan?

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya, datangnya.  Contoh ayat: Datangnya secara mendadak.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Tatabahasa14.02.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ?1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.

(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Tatabahasa21.07.2018

Kembali ke atas