Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ca/] | ڤاچق

Definisi : 1. sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pan­cang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); memacak mencucuk, menusuk: ~ ikan; ~ hari Kl menetapkan hari bulan; memacakkan memasang pacak (pancang dll), memancangkan: satu tiang yg tirus, panjangnya 1 meter dipacakkan di dlm air; ~ pancang; terpacak 1. telah dipacakkan, terpancang: dicabutnya turus pagar yg ~ itu; 2. ki terdiri tegak, terpancang, terpaku: ia melewati kedua-dua orang pengawal yg ~ spt tiang tiada bergerak-gerak itu; dia sudah nampak Bedah ~ di tepi pantai; 3. ki tepat: dia mesti berada di Kelab Golf jam lima ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ca/] | ڤاچق

Definisi : biasa (mengerjakan sesuatu), cekap, mahir, pandai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ca/] | ڤاچق

Definisi : Mn recik, percik; memacak-macak merecik-recik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ca/] | ڤاچق

Definisi : 1 benda tajam utk mencucuk sesuatu yg akan dipanggang dll; cucuk (spt lidi sate). 2 kayu dll yg tajam hujungnya; pancang. memacak mencucuk dgn benda tajam; menusuk dgn pacak: ~ sate. memacakkan memasukkan sesuatu benda tajam ke tanah dll; memancangkan (tiang dll): Dia ~ lembingnya ke tebing dan kemudian turun ke sungai. terpacak 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacak (kata nama)
Bersinonim dengan pancang, cerucuk, pucik, tonggak, tiang, cagak, tunggul, penunggul, rancang, bagan, sembuang, ranjau, sungga, suda;,
Kata Terbitan : memacak, memacakkan, terpacak,

Puisi
 

Sirih bertepuk pinang memusing,
     Pacak buluh di atas kota;
Tak boleh duduk hati runsing,
     Tak boleh tubuh nak tengok mata.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spikepacakSains ForensikTiadaBahagian puncak artefak pada elektroferogram yang mengganggu penaksiran data DNA forensik. Bahagian ini ialah artefak alat dan bentuk biasanya runcing dan sempit.
sink (pins)pacakPerubatanTiadaProses memasangkan pin ke dalam struktur gigi.
driven wellperigi pacakGeologiTiadaTiada
driven wellperigi pacakGeologiTiadaTiada
toe linearas pacakKejuruteraanTiadaTiada
toe levelaras pacakKejuruteraanTiadaTiada
driven wellperigi pacakKejuruteraanTiadaTiada
deadmansauh mati; tali mati; pacak tambatanKejuruteraanTiadaTiada
driven cast-in-place pilecerucuk pacak tuang di tempatKejuruteraanTiadaTiada
marajalimarajaliPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Trigoniastrum hypoleucum daripada famili Trigoniaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mata pacak dan merjali. Gubal kayu dan teras kayu marajali sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning muda. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat.

Kembali ke atas