Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada di

Puisi
 

Raja semayam di dalam kota,
     Banyak menghadap segala menteri;
Pada saya hendak berkira,
     Abang baik pergi sendiri.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Berharga di atas rupa,
     bercupak di atas tumbuh.

Bermaksud :

Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
isometriisometryPenjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran.Menengah Rendah
sudut pada lilitanangle at the circumferenceSudut yang terbentuk apabila garis dari dua titik hujung lengkok bertemu pada titik ketiga di lilitan sesuatu bulatan. Lihat ContohMenengah Rendah
jejariradius1. Garis lurus yang menghubungkan pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. 2. Jarak di antara pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. Lihat rajahMenengah Atas
piramidpyramidBentuk tiga dimensi yang permukaan tapaknya berbentuk poligon, permukaan sisinya berbentuk segi tiga dan bertemu pada satu bucu di puncak. Lihat ContohSekolah Rendah
surihtraceMelukis di atas garis imej atau menyalin pada kertas jarang. Lihat ContohSekolah Rendah
sisi empat kitarancyclic quadrilateralSisi empat yang terterap di dalam bulatan dengan semua bucunya terletak pada lilitan bulatan itu. Lihat rajahMenengah Atas
sisi empat kitarancyclic quadrilateralSisi empat yang terterap di dalam bulatan dengan semua bucunya terletak pada lilitan. Lihat ContohMenengah Rendah
graf halaju-masavelocity-time graphGraf yang menunjukkan hubungan antara halaju sesuatu objek dalam tempoh masa yang tertentu. Kecerunan garis pada graf menunjukkan ukuran pecutan. Luas di bawah graf menunjukkan jarak yang dilalui oleh objek berkenaan. Lihat rajahMenengah Atas
garis lurus penyuaian terbaikline of best fitGaris lurus terbaik yang dilukis merentasi serakan plot untuk menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah. Garis lurus ini melalui seberapa banyak titik yang mungkin dan titik-titik yang tidak berada pada garis, bilangannya adalah seimbang di kedua-dua belah garis. Lihat rajahMenengah Atas

Kembali ke atas