Salam, saya ada soalan berkenaan penggunaan perkataan "pada/di" bagi ayat berikut. Source: Click this button which is to the right of the title." Jawapan: (1) Klik butang ini pada bahagian kanan tajuk. ATAU (2) Klik butang ini di bahagian kanan tajuk. Mohon nasihat pihak tuan/puan. Terima kasih | Jawapan yang betul berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan ialah "Klik butang ini pada bahagian kanan tajuk". | Lain-lain | 17.02.2023 |
Yang manakah betul untuk penggunaan "di atau pada" dan "ke/kepada" dalam ayat berikut: 1. Pesakit mendakwa beliau telah ditumbuk *di/pada bahagian kepala sebanyak 4 kali. 2. Pesakit mengadu sakit *di/pada bahagian bawah belakang badannya. 3. Kesakitan minimum *di/pada bahagian bawah belakang badan. 4. Rujukan (referral of patient) *ke/kepada Jabatan Psikiatri telah dibuat. Mohon huraian penjelasan bagi setiap soalan. Terima kasih. | Jawapan yang betul seperti berikut, 1. Pesakit mendakwa beliau telah ditumbuk pada bahagian kepala sebanyak empat kali. 2. Pesakit mengadu sakit pada bahagian bawah belakang badannya. 3. Kesakitan minimum pada bahagian bawah belakang badan. 4. Rujukan kepada Jabatan Psikiatri telah dibuat. | Tatabahasa | 08.01.2022 |
Yang manakah adalah ayat yang betul? Jika terdapat kesalahan, bolehkah tuan menerangkan sebab kesalahan tersebut: 1) gerai ini menjual pelbagai barangan daripada makanan, pakaian hingga barangan perhiasan. 2) kita sedang berada pada/di ketinggian 10 000 kaki 3) tambang dikenakan untuk/ke atas setiap penumpang setiap hala (per passenger per way) 4) bayaran penyertaan yang dikenakan kepada/ke atas/untuk setiap peserta ialah sebanyak RMXXX 5) nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan program kesetiaan kami terima kasih | 1. Gerai ini menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barangan perhiasan. (kata sendi nama 'daripada' dan hingga tidak sesuai digunakan) 2. Kita sedang berada pada ketinggian 10,000 kaki (Sendi nama 'pada' dalam ayat ini merujuk keterangan waktu atau masa manakala 'di' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap) 3. Tambang pergi balik dikenakan kepada setiap penumpang (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek dan ke atas pula menunjukkan arah) 4. Bayaran penyertaan yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RMXXX. (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek) 5. Nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan proram kesetiaan kami (kedua-dua ayat ini betul) | Tatabahasa | 18.02.2018 |
Salam sejahtera. Pekerja itu membuat garisan putih di/pada jalan raya. Jawapan ialah di atau pada? | Penggunaan yang betul ialah “Pekerja itu membuat garisan putih pada jalan raya.” | Tatabahasa | 01.07.2022 |
Mencatat nota ( di, pada ) buku nota. | Mencatat nota pada buku nota. | Tatabahasa | 17.10.2017 |
Ada bebintik merah di/pada hidung? | Jawapan yang betul ialah Ada bebintik merah pada hidung. | Tatabahasa | 17.07.2022 |
Boleh jelaskan secara terperinci penggunaan "di" dan "pada" bagi ayat berikut? di bahagian utara negara itu ATAU pada bahagian utara negara itu? di sebelah timur dan selatan mereka ATAU pada sebelah timur dan selatan mereka? Sekian, terima kasih. | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat contohnya "di rumah", "di sekolah" dan lain-lain. Manakala "pada" pula ialah kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Contohnya "pada peringkat", "pada hari raya" dan lain-lain. Jika prasa di atas merujuk kepada tempat, kata sendi nama yang betul ialah "di bahagian utara negara itu" dan "di sebelah timur dan selatan mereka". | Tatabahasa | 11.06.2021 |
Puan Li membaca label harga di/pada kotak minuman. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Puan Li membaca label harga pada kotak minuman. | Lain-lain | 10.09.2021 |
Saya ada soalan tentang penggunaan "pada", "kepada" dan "terhadap" di mana jawapan di dalam Khidmat nasihat selalu bercanggah. 1. Jangan buat begitu pada/kepada/terhadap saya. Saya fikir "kepada" atau "terhadap" lebih tepat kerana ia menunjukkan maksud sasaran. Tetapi ada jawapan Khidmat Nasihat yang mengatakan "pada" betul dalam konteks ini. Bukankah "pada" digunakan selepas kata kerja, dan sebelum tempat? Contohnya, "Gantung cermin ini pada dinding." Jika "pada" digunakan untuk manusia, hanya dalam konteks ada + pada, contohnya "Duit itu ada pada Zara." Mohon pencerahan. | Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Jawapan dan contoh ayat yang diberikan oleh pihak puan betul dan tepat. Terima kasih atas pandangan dan teguran yang diberikan. | Tatabahasa | 24.07.2020 |
1) pada waktu pagi atau pada pagi? Sebab apa? Cth ayat: Suasana amat tenang pada pagi / pada waktu pagi yang berbahagia ini. 2) Apakah perbezaan antara ke dengan ke dalam? Cth: masuk ke dalam dewan atau masuk ke dewan? 3) Adakah dari semasa ke semasa mempunyai maksud yang sama dengan dari masa ke masa? 4) ke arah utara/selatan/timur/barat atau ke utara/selatan/timur/barat? Ribuan Terima Kasih ! | 1. Penggunaan frasa “pada waktu pagi” dan “pada pagi” dalam contoh ayat yang diberikan, betul kerana kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. 2. Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Manakala “ke dalam” merupakan frasa sendi nama untuk menunjukkan konsep ruang. Ayat yang betul ialah “Masuk ke dalam dewan”. 3. “Dari semasa ke semasa” membawa maksud yang sama dengan “dari masa ke masa”. 4. Frasa yang betul ialah ke arah utara, ke arah selatan, ke arah timur dan ke arah barat.
| Tatabahasa | 23.01.2022 |