Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada di

Puisi
 

Raja semayam di dalam kota,
     Banyak menghadap segala menteri;
Pada saya hendak berkira,
     Abang baik pergi sendiri.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Berharga di atas rupa,
     bercupak di atas tumbuh.

Bermaksud :

Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
akar adventitiusadventitious rootAkar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuhan, selain akar utama, iaitu dari keratan batang atau daun. Contohnya, akar yang tumbuh pada buku di bahagian bawah batang, seperti pada tebu, atau pada daun setawar. Lihat RajahMenengah Atas
kutubpole1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. Lihat RajahSekolah Rendah
apendiksappendixUnjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan abdomen. Pada herbivor seperti arnab, apendiks merupakan tempat tinggal mikroorganisma yang menghasilkan enzim selulase yang dapat mencerna selulosa.Menengah Atas
auroraauroraFenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat RajahMenengah Rendah
aerofoilaerofoilStruktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang.Menengah Atas
tekanan atmosferaatmospheric pressureTekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan alat barometer atau barograf. Perubahan tekanan atmosfera memberikan petunjuk tentang perubahan cuaca.Menengah Rendah
tekanan atmosferaatmospheric pressureTekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan barometer.Menengah Atas
bintangstarObjek yang kelihatan bercahaya dan berkerdip di langit pada waktu malam.Sekolah Rendah
kortekscortexBahagian atau lapisan luar sesuatu organ. Pada tumbuhan, korteks terletak di antara epidermis dengan endodermis pada akar atau batang. Lihat RajahMenengah Rendah
penyejatanevaporationProses yang berlaku apabila cecair bertukar menjadi wap pada suhu di bawah takat didih, hanya melibatkan permukaan cecair dan boleh berlaku sepanjang masa.Menengah Rendah
12345

Kembali ke atas